Rekabentuk Perabot Meja Penceramah Di Masjid UMK Beridentitikan Budaya Kelantan Menggunakan Teknik Epoxy.
Meja penceramah merupakan sesuatu produk yang memainkan satu peranan yang sangat penting dalam sesebuah masjid kerana ia merupakan produk yang wajib ada bagi kelengkapan masjid. Meja penceramah ini sering dijadikan elemen utama untuk keselesaan menyampaikan ceramah di masjid. Namun di Pusat Islam ya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3923/1/KHAIDIL%20BIN%20ISMAIL.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3923/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Meja penceramah merupakan sesuatu produk yang memainkan satu peranan yang
sangat penting dalam sesebuah masjid kerana ia merupakan produk yang wajib ada bagi
kelengkapan masjid. Meja penceramah ini sering dijadikan elemen utama untuk keselesaan
menyampaikan ceramah di masjid. Namun di Pusat Islam yang terletak di Universiti Malaysia
Kelantan tidak mempunyai produk seperti meja penceramah. Objektif kajian ini adalah
mengkaji masalah rekabentuk di masjid yang mana tidak menitikberatkan identiti warisan
Kelantan yang kini semakin ditelan zaman. Kajian ini juga mengkaji keistimewaan warisan
Kelantan yang boleh diterapkan di sesuatu produk agar ia dapat dimartabatkan sepanjang
masa. Namun kebanyakan meja penceramah yang direka tidak menggunakan elemen warisan
dan hanya merekabentuk menggunakan teknik asas sahaja. Metodologi kajian yang digunakan
dalam kajian ini adalah melalui data primer dan sekunder. Sebanyak 96.2% yang mengetahui apa itu rekabentuk warisan yang mana maka jelaslah ramai yang mengetahui rekabentuk ini tetapi tidak diterapkan dalam sesuatu rekaan dan mengakibatkan ia semakin dilupakan oleh masyarakat. Kesimpulannya rekaan meja penceramah yang beridentitikan warisan Kelantan dan dikontemporarikan menggunakan teknik epoxy dapat memberi impak yang positif serta perubahan terhadap rekaan perabot di masjid Universiti Malaysia Kelantan. |
---|