Kajian Pengaruh Senibina Mogul Pada Masjid Zahir Di Kedah

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang “Kesan Pengaruh Seni Mogul Pada Seni Bina Masjid Zahir Terhadap Identiti Seni Melayu”. Masjid Zahir merupakan masjid yang signifikan bagi masyarakat Kedah. Masjid Zahir dibina pada tanggal 11 Mac 1912. Kedudukan masjid ini terletak di tengah-teng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Radzi, Ahmad Nabil
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3888/1/C18A0479%20AHMAD%20NABIL%20BIN%20AHMAD%20RADZI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3888/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang “Kesan Pengaruh Seni Mogul Pada Seni Bina Masjid Zahir Terhadap Identiti Seni Melayu”. Masjid Zahir merupakan masjid yang signifikan bagi masyarakat Kedah. Masjid Zahir dibina pada tanggal 11 Mac 1912. Kedudukan masjid ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar dan bersebelahan Sungai Kedah. Di Malaysia, terdapat banyak seni bina asing yang diterapkan di dalam bangunan- bangunan penting, sebagai contoh pengaruh seni bina Mogul pada Masjid Zahir. Terdapat beberapa permasalahan kajian yang diusulkan dalam kajian ini seperti pengaruh seni bina asing yang memengaruhi seni bina Masjid Zahir. Objektif kajian yang dapat dirungkaikan adalah seperti, mengenal pasti samaada pengaruh seni bina Mogul pada Masjid Zahir memberi kesan kepada identiti seni bina Melayu dan kesedaran masyarakat Kedah terhadap seni bina yang diterapkan di dalam Masjid Zahir. Kaedah analisa kajian lepas, pemerhatian, temubual, dan secara soal selidik digunakan bagi mendapatkan data maklumat sekaligus memudahkan proses penyelidikan ini daripada awal hingga akhir. Kajian ini bukan sahaja bagi merungkai seni bina yang digunakan pada Masjid Zahir bahkan meningkatkan kesedaran awam tentang identiti seni Melayu yang semakin dilupakan. Oleh itu, kajian ini penting supaya generasi akan datang dapat memahami konsep dan seni bina yang terdapat dalam masjid di Malaysia.