Ritual Dalam Adat Sedanggu Bagi Meraikan Fasa Peralihan Hidup Anak Perempuan Dalam Masyarakat Chitti Di Perkampungan Chitti, Melaka

Penyelidikan ini merupakan satu kajian berkaitan ‘Rite of Passage’ yang merupakan fasa peralihan yang membawa perubahan yang besar dalam hidup seseorang individu. Di dalam kajian ini, ‘Rite of Passage’ diamalkan oleh komuniti Chitti dalam ritual adat Sadanggu iaitu suatu adat yang meraikan fasa pent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hajar Binti Mohd Shukri
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3773/1/SITI%20HAJAR%20BINTI%20MOHD%20SHUKRI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3773/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini merupakan satu kajian berkaitan ‘Rite of Passage’ yang merupakan fasa peralihan yang membawa perubahan yang besar dalam hidup seseorang individu. Di dalam kajian ini, ‘Rite of Passage’ diamalkan oleh komuniti Chitti dalam ritual adat Sadanggu iaitu suatu adat yang meraikan fasa penting bagi anak perempuan komuniti ini. Kajian ini dijalankan kerana didapati masyarakat tidak mengetahui tentang kewujudan komuniti Chitti dan pengamalan adat ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan orang awam mengenai kewujudan masyarakat Chitti di Melaka, mengkaji bagaimana proses adat Sadanggu ini dijalankan dan menjelaskan keunikan yang terdapat dalam pengamalan adat Sadanggu oleh komuniti Chitti di Melaka. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kajian kes iaitu fokus kepada ciri-ciri yang ingin dikaji sahaja. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah kajian campuran iaitu kuantitatif untuk tinjauan berkaitan pengetahuan masyarakat dan kaedah kualitatif iaitu temubual. Teknik pengumpulan data pula diperolehi daripada data primer iaitu hasil temubual dan tinjauan dan data sekunder iaitu jurnal, buku, video dan sumber internet. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa masyarakat Melaka sedar dan tahu akan kewujudan komuniti Chitti tetapi mereka tidak mengetahui tentang aspek percampuran budaya ‘Rite of Passage’ dalam ritual adat Sadanggu yang merupakan adat bagi komuniti Chitti. Selain itu, terdapat juga persamaan dalam pengamalan adat Sadanggu dengan pengamalan adat berkhatan bagi masyarakat Melayu. Hasil daripada proses asimilasi budaya Melayu dan India, maka lahirlah ritual adat Sadanggu yang dilihat mempunyai proses tertentu yang perlu diikuti. Ianya juga turut memperlihatkan beberapa nila-nilai keunikan dalam ritual adat Sadanggu yang diamalkan oleh komuniti Chitti Melaka. Beberapa cadangan turut dikemukan bagi memastikan pelestarian warisan tidak ketara yang diamalkan oleh komuniti Chitti ini diberi perhatian oleh komuniti Chitti sendiri dan kerajaan negeri. Pelestarian ini dilihat sangat penting agar kelangsungan budaya dan adat yang diamalkan dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang.