Kosmologi Flora Dalam Pantun Iban : Satu Kajian Etnobotani Di Sarawak Menggunakan Teori Ekologi

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kompenen kosmologi flora dalam pantun Iban di Sarawak. Di mana, penyelidik akan menghuraikan tiga kompenen kosmologi flora iaitu pokok, bunga dan buah yang terdapat dalam buku Pantun Iban karya Dr. Robert Menua Salleh. Selain daripada itu,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Paing, Mike Tyson
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3759/1/MIKE%20TYSON%20ANAK%20PAING%20C18A0098.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3759/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kompenen kosmologi flora dalam pantun Iban di Sarawak. Di mana, penyelidik akan menghuraikan tiga kompenen kosmologi flora iaitu pokok, bunga dan buah yang terdapat dalam buku Pantun Iban karya Dr. Robert Menua Salleh. Selain daripada itu, penyelidik turut mengkaji perkaitan etnobotani dalam kehidupan masyarakat Iban dengan ekologi manusia. Dalam konteks ini, penyelidik akan menerangkan kajian budaya di antara masyarakat Iban dan kompenen kosmologi flora dengan menerapkan teori ekologi (prinsip ekologi manusia). Dalam prinsip tersebut terbahagi kepada tiga lagi pecahan iaitu aspek saling kebergantungan, aspek teknologi dan aspek kefungsian. Manakala bagi kaedah kajian pula, penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu membuat tinjauan terhadap masyarakat Iban secara rawak seramai 30 orang responden bagi mengisi borang soal selidik yang telah disediakan. Kaedah yang kedua adalah secara kualitatif iaitu penyelidik telah mengumpul maklumat melalui analisis dokumen dan laman web. Akhir sekali, penerapan teori ekologi turut dilaksanakan bagi menyokong lagi kajian yang dijalankan. Sebagai kesimpulannya, dengan adanya kajian ini diharapkan mampu memartabatkan lagi puisi rakyat Iban dalam kalangan para sarjana di luar sana serta kepada khalayak ramai sekaligus kajian ini mampu memaparkan kebijaksanaan masyarakat Iban dalam menghasilkan karya sastera terutamanya pantun.