Kepentingan Beting Beras Basah Dalam Institusi Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Masyarakat

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kepentingan Beting Beras Basah Terhadap Institusi Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan”. Beting Beras Basah terletak di Kuala Sungai Perak, Daerah Bagan Datuk. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Pauzi, Mohammad Izzuddin
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3683/1/C18A0119_MOHAMMAD%20IZZUDDIN%20BIN%20MOHD%20PAUZI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3683/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kepentingan Beting Beras Basah Terhadap Institusi Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan”. Beting Beras Basah terletak di Kuala Sungai Perak, Daerah Bagan Datuk. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke Negeri Perak. Pengkaji menyasarkan kajian berkenaan Beting Beras Basah ini kerana ia merupakan antara lokasi wajib dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak yang baharu. Cerita hanya dipercayai benar-benar berlaku suatu masa dahulu dan diwarisi secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Salah satu kepentingan sumber tradisi Melayu dikesani wujud dalam konteks asal-usul raja, negeri dan adat istiadat kesultanan Perak yang memperlihatkan beberapa variasi dalam pengekalan dan penyimpangannya. Objektif kajian ini adalah Mengetahui keistimewaan muara Beting Beras Basah sebagai lokasi upacara pertabalan Sultan Perak yang perlu dipelihara. Seterusnya adalah Mengetahui pandangan masyarakat mengenai keistimewaan Beting Beras Basah. Dan akhir sekali adalah untuk Mencadangkan kaedah promosi yang boleh dilakukan bagi memperkenalkan Beting Beras Basah kepada masyarakat dalam dan luar negara. Kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Kajian ini akan menimbulkan isu kepentingan nilai warisan kepada Beting Beras Basah kepada pelbagai pihak sekiranya langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat. Hal ini seterusnya dapat menghargai nilai warisan ketara yang berharga ini khususnya untuk generasi yang akan datang.