Analisis Penerapan Teori Estetika Bersepadu Dalam Lirik Lagu Zuhud Dan 7 Nasihat
Kajian ini bertujuan untuk merungkai keindahan bahasa yang terdapat dalam lirik lagu terpilih dengan melihat perkaitan antara lirik lagu terpilih dan juga ciri-ciri teori yang digunakan. Penelitian ini menggunakan Teori Estetika Bersepadu dan dua lagu terpilih iaitu Lagu Zuhud dan Lagu 7 Nasihat. Se...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3669/1/SITI%20NUR%20MUSLIHAH%20BINTI%20MAHMUD%20%28C18A0510%29.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3669/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk merungkai keindahan bahasa yang terdapat dalam lirik lagu terpilih dengan melihat perkaitan antara lirik lagu terpilih dan juga ciri-ciri teori yang digunakan. Penelitian ini menggunakan Teori Estetika Bersepadu dan dua lagu terpilih iaitu Lagu Zuhud dan Lagu 7 Nasihat. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengisi kekosongan dokumentasi secara ilmiah berkaitan estetika yang terdapat dalam lirik lagu kontemporari dan memberi pencerahan kepada masyarakat umum tentang satu gabungan hebat bidang kesusasteraan dan bidang muzik. Gabungan antara kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif telah digunakan sepanjang kajian ini dijalankan bagi mendapatkan satu bentuk analisis kajian yang tepat dan relevan. Kajian ini merupakan satu bentuk penyelidikan untuk menganalisis penggunaan teori estetika bersepadu dalam lirik lagu terpilih dan mengkaji impak penerapan teori estetika bahasa dalam lirik lagu terpilih terhadap pembangunan bidang sastera di Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan Teori Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali. Justeru itu, pengkaji telah berjaya mencapai kedua-dua objektif yang telah ditetapkan. Hasil keseluruhan penyelidikan menunjukkan bahawa lirik lagu terpilih sememangnya mempunyai penerapan estetika bahasa yang baik. Oleh itu, lagu terpilih telah menepati kesemua ciri yang dianjurkan dalam Teori Estetika Bersepadu. Diharapkan kajian ini mampu menjadi pemangkin kesedaran kepada kesedaran masyarakat umum akan kepentingan memelihara keindahan bahasa ibunda dalam menyelusuri dunia moden hari ini.
Kata Kunci : Estetika, Lirik Lagu Zuhud, Lirik Lagu 7 Nasihat, Teori Estetika Bersepadu |
---|