Kajian Mengenai Usaha Dalam Mempertahankan Adat Perpatih Dalam Kalangan Generasi Baharu Negeri Sembilan

Kajian in bertujuan untuk mengkaji usaha dalam mempertahankan adat perpatih dalam kalangan generasi baharu Negeri Sembilan, ini adalah untuk memastikan adat perpatih ini dapat terus diamalkan dalam kalangan masyarakat untuk satu jangka masa yang panjang. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tiga obje...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Hamid, Nur Aqilah
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3643/1/C18A0532%20NUR%20AQILAH%20BINTI%20ABDUL%20HAMID.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3643/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian in bertujuan untuk mengkaji usaha dalam mempertahankan adat perpatih dalam kalangan generasi baharu Negeri Sembilan, ini adalah untuk memastikan adat perpatih ini dapat terus diamalkan dalam kalangan masyarakat untuk satu jangka masa yang panjang. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tiga objektif utama iaitu pertama melihat tahap kefahaman generasi muda Negeri Sembilan terhadap isi kandungan adat tersebut. Kedua adalah untuk mengenal pasti punca penurunan bilangan masyarakat yang mengamalkan adat perpatih dan akhir sekali menerangkan cadangan atau cara untuk membantu dalam menerapkan amalan adat ini dalam kalangan generasi muda. Kajian ini dilaksanakan di beberapa daerah Negeri Sembilan. Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini adalah menggunakan kaedah temu bual, dimana 12 orang responden ditemu bual mengikut daerah. Selain itu pemerhatian dan kajian keperpustakaan juga digunakan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Daripada kajian ini, di dapati tahap kefahaman generasi muda terhadap adat perpatih adalah secara keseluruhannya kebanyakkannya tahu mengenai adat perpatih tetapi hanya segelintir yang benar-benar memahami dan mendalami adat itu. Turut diketahui hasil daripada kajian ini adalah beberapa punca yang mempengaruhi tahap penurunan pengamalan adat perpatih dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan dan berjaya memperolehi beberapa cadangan usaha dan cara dalam usaha memepertahankan adat turun temurun ini. Secara keseluruhannya, daripada kajian ini dapat dilihat usaha dalam mempertahankan adat perpatih dilaksanakan oleh kesemua pihak daripada kelompok masyarakat Negeri Sembilan. Kata Kunci : Adat Perpatih, mempertahankan adat, Negeri Sembilan, Generasi baharu, usaha