Nilai-nilai murni dalam cerita rakyat di Tumpat, Kelantan
Cerita rakyat merupakan tradisi lisan yang disampaikan secara mulut ke mulut dan dipanjangkan sehingga ke hari ini dan tidak asing dalam kalangan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita r...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UMK Etheses |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14553/1/Muhammad%20Nur%20AlHakim%20Bin%20Mohamad%20Hanafiah.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14553/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Cerita rakyat merupakan tradisi lisan yang disampaikan secara mulut ke mulut dan dipanjangkan sehingga ke hari ini dan tidak asing dalam kalangan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita rakyat di Tumpat, Kelantan. Berdasarkan sorotan kajian lepas, kajian yang berkaitan konsep nilai-nilai murni dalam cerita rakyat terutamanya di Tumpat, Kelantan masih belum dikaji secara komprehensif. Kajian lepas menumpukan aspek nilai sosial, nilai budaya dan nilai kemanusiaan berbeza dengan kajian ini mengetengahkan aspek nilai-nilai murni. Oleh hal yang demikian, kajian mengenai nilai-nilai murni wajar dilakukan bagi memenuhi kelompangan kajian. Selepas itu, kajian ini membincangkan pengaplikasian prinsipprinsip dalam teori Takmilah dengan nilai-nilai murni. Pengkaji menjadikan cerita rakyat di Tumpat, Kelantan sebagai deduktif kajian. Selain itu, reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan, kajian lapangan berbentuk temu bual dan analisis teks. Persampelan bebola salji juga digunakan dengan melibatkan tiga orang responden. Tambahan lagi, tujuh prinsip yang terdapat dalam teori Takmilah diaplikasikan dalam kajian ini bagi memantapkan lagi analisis kajian ini. Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian ini mendapati bahawa konsep nilainilai murni sememangnya terkandung dalam cerita rakyat di Tumpat, Kelantan. Implikasinya, kajian ini wajar dijadikan pedoman dan panduan kepada masyarakat Melayu serta diangkat martabatnya ke peringkat yang lebih tinggi. |
---|