Pendekatan Teksdealisme Dalam Kepengarangan Muzaf Ahmad Terhadap Kumpulan Puisi Sepasang Sayap Di Bahu

Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan keunggulan kepengarangan Muzaf Ahmad menerusi karyanya iaitu Kumpulan Puisi Sepasang Sayap di Bahu. Berdasarkan karya tersebut telah memaparkan sebanyak dua bahagian dengan menunjukkan 53 buah puisi yang diterbitkan pada tahun 2018. Karya ini dihasilkan berd...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurin Nadhirah Ahmad Zaki
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14427/1/NURIN%20NADHIRAH%20AHMAD%20ZAKI%20%28PP%29%20%28C20A1321%29.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14427/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan keunggulan kepengarangan Muzaf Ahmad menerusi karyanya iaitu Kumpulan Puisi Sepasang Sayap di Bahu. Berdasarkan karya tersebut telah memaparkan sebanyak dua bahagian dengan menunjukkan 53 buah puisi yang diterbitkan pada tahun 2018. Karya ini dihasilkan berdasarkan pengamatannya terhadap pengalamannya ketika melakukan pengembaraan di bumi Eropah dengan menunjukkan kepelbagaian kisah dan pemikiran yang berbeza dengan meletakkan isu semasa sebagai asas dalam mencorak pemikiran dalam penulisan puisi. Dalam konteks ini, kajian ini memilih kaedah penyelidikan kepustakaan dan kualitatif dengan melakukan analisis kandungan terhadap teks-teks puisi yang terpilih. Sehubungan itu, penyelidikan ini akan memperlihatkan pengenalpastian terhadap konsep kepengarangan Muzaf Ahmad disamping membincangkan perkembangan pemikiran dalam penulisan puisi serta menghuraikan unsur individualisme dalam kepengarangan Muzaf Ahmad berdasarkan puisi-puisi yang terpilih. Dengan itu, kajian ini berlandaskan penggunaan teori Teksdealisme dengan memberi penekanan kepada prinsip kehadiran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme bagi membolehkan nilai keunggulan kepengarangan jelas dihayati menerusi karya yang terpilih. Oleh itu, maka jelaslah bahawa penelitian ini dapat menilai tahap keunggulan kepengarangan Muzaf Ahmad sebagai keutamaan bagi menghasilkan sebuah karya yang mampu membuka minda khalayak untuk memenuhi keperluan tanggungjawab dalam perihal isu semasa dalam pelbagai perspektif. Kata Kunci: Keunggulan, Kepengarangan, Muzaf Ahmad, Puisi, Teksdealisme.