Elemen Didaktisisme Dalam Siri Animasi Upin dan Ipin: Aku Sebuah Buku. Satu Penelitian Melalui Teori Semiotik
Didaktisisme merupakan nilai pengajaran yang terdapat dalam karya sastera bertujuan untuk mendidik. Unsur didaktisisme sangat penting bagi melahirkan generasi muda untuk mengenali nilai-nilai pendidikan dalam kehidupan seharian. Animasi merupakan salah satu media untuk mengembangkan pengetahuan mere...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2024
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14424/1/NUR%20LIYANA%20MASTURAH%20BINTI%20ZAMRI%20%28C20A1261%29%20-%20PROJEK%20PENYELIDIKAN%20%5BTESIS%20PENUH%5D.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14424/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Didaktisisme merupakan nilai pengajaran yang terdapat dalam karya sastera bertujuan untuk mendidik. Unsur didaktisisme sangat penting bagi melahirkan generasi muda untuk mengenali nilai-nilai pendidikan dalam kehidupan seharian. Animasi merupakan salah satu media untuk mengembangkan pengetahuan mereka mengenai elemen pengajaran dalam karya sastera. Kelompangan kajian didaktisisme dalam animasi tempatan yang ketara merupakan factor utama kajian ini dijalankan. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti elemen didaktisisme yang terdapat dalam siri animasi tempatan Upin dan Ipin dalam episod Aku Sebuah Buku serta mengkaji setiap elemen didaktisisme dalam siri animasi ini menggunakan teori Semiotik Peirce. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui kaedah kepustakaan, kaedah analisis tekstual dengan menerokai kajian lepas serta sumber internet bagi mengukuhkan hujah kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa terdapat unsur didaktisisme yang dominan dalam siri animasi Upin dan Ipin: Aku Sebuah Buku kerana mempunyai unsur pembelajaran yang dapat diambil dari pantun, syair, gurindam dan seloka. Bukan itu sahaja, kajian ini juga mendapati setiap perlambangan nilai didaktisisme boleh ditakrifkan menggunakan teori Semiotik Peirce dengan tepat. Diharapkan kajian ini dapat membuka minda pihak yang terlibat untuk menerokai bidang sastera dalam animasi agar generasi muda lebih menghargai dan mampu mengembangkan bidang sastera seiring dengan peredaran zaman.
Kata Kunci: Didaktisisme, Sastera, Animasi, Upin dan Ipin, Pendidikan, Semiotik Peirce |
---|