Wau Kreatif

Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Kelantan, selain permainan Gasing, Congkak, Guli, Batu Seremban dan Dam Haji. Permainan wau lebih tertumpu di dalam kehidupan masyarakat desa yang selalunya dimainkan di kawasan-kawasan pertanian, terutamany...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sudirman Kiffli, Daeng Haliza Daeng Jamal
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14256/1/LAPORAN%20DOKUMENTASI%20BENGKEL%20WAU%20KREATIF%20%281%29.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14256/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Kelantan, selain permainan Gasing, Congkak, Guli, Batu Seremban dan Dam Haji. Permainan wau lebih tertumpu di dalam kehidupan masyarakat desa yang selalunya dimainkan di kawasan-kawasan pertanian, terutamanya kawasan tanaman padi dan sekitar pesisir pantai. Hal ini demikian kerana permainan wau dikaitkan dengan kepercayaan orang-orang dahulu kepada semangat padi. Bagi orang-orang Melayu dahulu, selepas menuai padi, wau akan dimainkan untuk memberi hiburan kepada dewa atau semangat padi. Jika sekiranya tidak dilakukan pemujaan atau upacara Kerja Padang, mereka percaya bahawa mereka ditimpa malapetaka atau sesuatu perkara yang tidak baik ke atas kehidupan mereka. Menurut Fieda (2003), kepercayaan masyarakat Melayu sekitar kurun ke- 15 Masihi mempercayai permainan wau ada kaitannya dengan semangat angin dan langit. Hal ini selari dengan persekitaran hidup masyarakat Melayu yang rapat dengan alam semulajadi. Justeru, nama-nama wau juga diambil juga mempunyai unsur-unsur alam sekitar. Antaranya ialah Wau bulan, Wau Tukung, atau Wau Kekek, Wau Barat, Wau Kucing, Wau Merak, Wau Bayang, Wau Keluang, Wau Daun, Wau Ikan, Wau Puyuh dan Wau Burung. Kesemua jenis-jenis wau ini mempunyai identiti dan reka bentuk tersendiri.