Potensi Bukit Keteri Sebagai Kawasan Arkeopelancongan: Kajian Ke Atas Persepsi Masyarakat Terhadap Potensi Arkeopelancongan Di Bukit Keteri, Perlis
Penyelidikan arkeologi telah menemukan pelbagai data dan maklumat penting terutamanya dalam membantu sejarah tapak warisan negara dalam mendapatkan data yang lebih tepat dan jelas. Terdapat beberapa tapak bersejarah yang berpotensi sebagai kawasan arkeopelancongan yang dapat membantu sektor pelancon...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | Malay |
Published: |
2024
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14161/1/Muhammad%20Farhan%20Bin%20Abdul%20Rani.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14161/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan arkeologi telah menemukan pelbagai data dan maklumat penting terutamanya dalam membantu sejarah tapak warisan negara dalam mendapatkan data yang lebih tepat dan jelas. Terdapat beberapa tapak bersejarah yang berpotensi sebagai kawasan arkeopelancongan yang dapat membantu sektor pelancongan negara. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti latar belakang Bukit Keteri, Perlis, Membincangkan potensi arkeopelancongan di Bukit Keteri, Perlis dan menganalisis persepsi penduduk negeri Perlis terhadap arkeopelancongan di Bukit Keteri, Perlis. Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain itu, kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah dengan menggunakan sumber primier seperti temu bual dan soal selidik manakala kaedah sekunder menggunakan kajian kepustakaan, rakaman audio, foto dan kajian lepas. Kaedah temubual dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang Bukit Keteri, Perlis dan potensi arkeopelancongan di Bukit Keteri, Perlis manakala kaedah soal selidik digunakan untuk menganalisis persepsi penduduk negeri Perlis terhadap arkeopelancongan di Bukit Keteri, Perlis. Kajian ini menggunakan Teori Persepsi yang dikemukakan Sondang P Siagian (2004) untuk meneroka faktor yang mempengaruhi persepsi penduduk negeri Perlis terhadap arkeopelancongan di Bukit Keteri, Perlis. Oleh itu, berdasarkan teori ini terdapat tiga faktor iaitu faktor individu, faktor sasaran persepsi dan faktor situasi, bagi menganalisis persepsi penduduk setempat. Hasil analisis mendapati Bukit Keteri berpotensi sebagai kawasan arkeopelancongan yang mampu memberi kesan positif terhadap ekonomi dan sosial negeri Perlis. Maka, terdapat beberapa cadangan yang dikenalpasti iaitu kajian akan datang, pihak bertanggungjawab, individu dan masyarakat untuk bekerjasama membangunkan Bukit Keteri sebagai arkeopelancongan. |
---|