Kajian rekabentuk blok batik menggunakan bahan akrilik untuk teknologi pembuatan batik secara digital bagi industri batik di Malaysia
Batik terap menggunakan blok logam sudah lama bertapak di Malaysia dan dianggarkan lebih dari 100 tahun lamanya bermula dari pengenalan teknik ini di Kelantan oleh Haji Che Su bin Ishak pada awal abad ke-20. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Kraft...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UMK Etheses |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13463/1/Muhammad%20Najibul%20Muthiie%20Bin%20Che%20Yaacob.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13463/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Batik terap menggunakan blok logam sudah lama bertapak di Malaysia dan dianggarkan lebih dari 100 tahun lamanya bermula dari pengenalan teknik ini di Kelantan oleh Haji Che Su bin Ishak pada awal abad ke-20. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi memperkasakan warisan seni ini dalam menjana ekonomi negara. Proses penyediaan blok batik yang sedia ada pada masa kini melibatkan penggunaan bahan logam sebagai bahan utama dalam proses pembuatannya. Proses ini dilakukan secara manual dengan teknik penghasilannya diwarisi secara turun-temurun. Penggunaan bahan logam dalam proses pembuatan blok batik menuntut individu yang berkemahiran tinggi dalam mengendalikan bahan logam disamping mempunyai ilmu kesenian yang mendalam bagi memvisualisasikan setiap corak batik kepada blok kerana ia melibatkan proses yang agak rumit. Oleh itu, matlamat utama kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah reka bentuk konsep blok batik dari bahan alternatif iaitu akrilik dengan memanfaatkan penggunaan teknologi digital bagi menggantikan kepakaran manusia. Kajian dilaksanakan secara kualitatif melalui sesi temubual secara berstruktur dan tidak berstruktur bersama 16 orang responden yang telah dikenalpasti. Seorang responden merupakan adiguru pembuat blok batik dan 15 orang responden lagi terdiri daripada ahli akademik, pemain industri, dan individu-individu dari agensi kerajaan dan swasta yang melibatkan pelbagai latar belakang. Penelitian terhadap proses pembuatan blok batik logam secara tradisional oleh adiguru pembuat blok batik di bengkel membuat blok juga dilakukan bagi mendapatkan pemahaman yang jelas berkaitan teknik pembuatan blok batik secara tradisional. Data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 10 prosedur yang diikuti secara manual oleh pembuat blok batik dalam proses pembuatan blok batik secara tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan keupayaan yang signifikan bahan akrilik untuk dijadikan bahan alternatif bagi rekabentuk blok batik. Dapatan kajian kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk spesifikasi atau penyata reka bentuk dalam membangunkan inovasi blok batik berasaskan bahan akrilik secara teknologi pembuatan blok batik secara digital. Hasilnya, didapati berlaku pengurangan terhadap prosedur pembuatan blok batik daripada 10 prosedur kepada 3 dan ianya dilakukan secara automatik menggunakan teknologi digital. Kajian ini memberi satu impak yang sangat besar dalam memperkasakan industri batik, terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan nilai tambah seni warisan batik terap di Malaysia. |
---|