Penerapan Bahasa Halus Dalam Filem Melayu Klasik Terpilih Tahun 60-an : Lambang Kesantunan Masyarakat Melayu.
Filem merupakan salah sebuah penghasilan karya sastera yang menggarapkan kepelbagaian keindahan seni yang memaparkan sesebuah jalan cerita serta menjadi cerminan kepada sesebuah kebudayaan bagi masyarakat tertentu. Ia juga secara tidak langsung menjadi salah satu medium dalam mencetuskan pelbagai pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13041/1/Nor%20Izzzah%20A.%20Wahab.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13041/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Filem merupakan salah sebuah penghasilan karya sastera yang menggarapkan kepelbagaian keindahan seni yang memaparkan sesebuah jalan cerita serta menjadi cerminan kepada sesebuah kebudayaan bagi masyarakat tertentu. Ia juga secara tidak langsung menjadi salah satu medium dalam mencetuskan pelbagai pemikiran serta perasaan dalam sesebuah pembikinannya. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji telah mendapati terdapat unsur-unsur keindahan serta keistimewaan tersendiri terutama dari sudut bahasa yang digarapkan dalam pembikinan dialog bagi sesebuah filem terutama filem Melayu klasik yang secara tidak langsung dilihat mampu memberi impak positif serta mampu dijadikan tauladan dalam pembentukan sifat kesantunan kepada masyarakat kini. Seterusnya, objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti, menganalisis, serta menghurai dengan lebih lanjut akan garapan bahasa halus dalam dialog-dialog menerusi filem-filem Melayu klasik terpilih tahun 60-an dalam membentuk kesantunan masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Di samping itu, kajian ini juga turut mengaplikasikan beberapa aspek penting menerusi Teori Puitika Sastera Melayu iaitu dari aspek takrif dan istilah, genre, serta perkataan-perkataan yang indah. Seterusnya, pengkaji telah membataskan kepada lima buah filem Melayu klasik sahaja yang dipilih menerusi kajian yang dijalankan ini. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati kurangnya kajian yang telah dijalankan mengenai penggunaan bahasa terutama bahasa halus terhadap penghasilan karya filem-filem Melayu klasik. Pengaplikasian beberapa aspek yang terkandung melalui Teori Puitika Sastera Melayu yang mula diasaskan oleh Muhammad Haji Salleh pada tahun 1989 telah dipilih sebagai gagasan utama bagi menyempurnakan analisis kajian ini. Tambahan pula, kajian ini telah menerapkan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data serta menganalisis teks transkrip filem-filem Melayu klasik terpilih sebagai kerangka panduan dalam menyempurnakan analisis kajian. Keseluruhan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa melalui pembikinan skrip dialog-dialog yang dimainkan dalam penghasilan filem-filem Melayu klasik terutamanya sarat dengan penggunaan bahasa halus yang sedikit sebanyak mampu memberi pengajaran serta makna-makna tersirat yang dilihat mampu mencipta sebuah pembentukan kesantunan kepada khalayak masyarakat khususnya masyarakat Melayu. |
---|