Kajian mengenai kesan pasca pandemik terhadap aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, Terengganu

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara, dan ia dibina kerana pembinaan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud. Semasa pandemik, aktiviti pelancongan Tasik Kenyir terjejas dan tidak dapat dijalankan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghalang orang lain untuk berku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharul Hamizan bin Rani
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12983/1/SHARUL%20HAMIZAN%20BIN%20RANI_C19A0735.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12983/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara, dan ia dibina kerana pembinaan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud. Semasa pandemik, aktiviti pelancongan Tasik Kenyir terjejas dan tidak dapat dijalankan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghalang orang lain untuk berkunjung. Ia menghentikan semua aktiviti ekonomi dan akhirnya menjejaskan masyarakat tempatan dan pengusaha pelancongan. Justeru, kajian ini meneroka bagaimana aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, Terengganu pulih semasa pasca wabak. Kajian ini mengandungi tiga objektif utama: mengenal pasti aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, mengkaji kesan pandemik terhadap aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, dan menganalisis peranan pihak berkepentingan dalam menangani kesan pandemik di Tasik Kenyir. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual sepuluh orang responden yang terdiri daripada Ketua Kampung, kakitangan KETENGAH, penduduk kampung, penjual dan pengunjung. Kaedah analisis tematik digunakan dalam kajian ini kerana ia bertujuan untuk mencari corak dan tema. Kajian ini telah berjaya mengeluarkan beberapa tema utama daripada kajian yang dijalankan iaitu kesan pandemik terhadap aktiviti pelancongan seperti aktiviti pelancongan utama di Tasik Kenyir, peranan pihak berkepentingan dalam menangani kesan pandemik di Tasik Kenyir dan mekanisme yang relevan dalam mengekalkan Tasik Kenyir. Kesimpulannya, kajian ini diharap dapat memberi ilmu dan manfaat kepada generasi akan datang khususnya mereka yang berminat untuk mendalami Tasik Kenyir.