Pelancongan Warisan Di Terrapuri Heritage Village: Tinjauan Terhadap Impak Ekonomi Masyarakat Setempat
Terengganu merupakan salah satu negeri yang menawarkan pelancongan yang berasaskan warisan sama ada dari segi budaya tradisi masyarakat mahupun lokasi pelancongan itu sendiri telah menarik para pelancong yang meminati warisan ini untuk datang. Jumlah peningkatan pelancong ke negeri Terengganu ini ju...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12982/1/C19A0555%20NUR%20QURRATU%27AIN%20BINTI%20RAZI.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12982/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Terengganu merupakan salah satu negeri yang menawarkan pelancongan yang berasaskan warisan sama ada dari segi budaya tradisi masyarakat mahupun lokasi pelancongan itu sendiri telah menarik para pelancong yang meminati warisan ini untuk datang. Jumlah peningkatan pelancong ke negeri Terengganu ini juga telah menyumbang kepada peluang pekerjaan, pendapatan dan peluang perniagaan lebih lebih lagi kepada masyarakat setempat. Kajian ini tertumpu di salah satu kawasan pelancongan yang terkenal di Terengganu iaitu Terrapuri Heritage Village. Kajian ini untuk menimbulkan kepentingan pelancongan berteraskan warisan dimata masyarakat lebih lebih lagi pelancongan luar bandar. Walaupun telah banyak kawasan pelancongan yang telah diangkat martabatnya, namun masih ramai masyarakat yang masih kurang pengetahuan tentang nilai warisan dan tidak memuliharanya dengan betul. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan keistimewaan Terrapuri Heritage Village sebagai lokasi pelancongan warisan serta mengkaji impak ekonomi terhadap masyarakat setempat. Pemeliharaan lokasi pelancongan ini amatlah penting agar nilai warisan dapat terus dipelihara serta menjadi modal utama untuk meningkatkan industri pelancong negeri Terengganu.
Kata Kunci: Budaya, pelancongan warisan, pemeliharaan, pemuliharaan, warisan, rumah tradisional |
---|