Penghayatan masyarakat Johor terhadap Tarian Tradisional Melayu Zapin
Kajian ini adalah untuk melihat kecaknaan golongan belia tentang seni tarian zapin di Johor. Tarian Zapin sememangnya cukup terkenal di Negeri Johor. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah dalam melestarikan tarian zapin ini. Antara masalahnya ialah kurangnya pengetahuan mengenai latar belakan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | Malay |
Published: |
2023
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12958/1/FARAH%20NAZIHAH%20BINTI%20ZINURIN.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12958/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah untuk melihat kecaknaan golongan belia tentang seni tarian zapin di Johor. Tarian Zapin sememangnya cukup terkenal di Negeri Johor. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah dalam melestarikan tarian zapin ini. Antara masalahnya ialah kurangnya pengetahuan mengenai latar belakang dan sejarah tarian zapin semakin dipinggirkan. Selain itu, masyarakat mempunyai mentaliti bahawa tarian zapin tidak menarik dan membosankan. Oleh itu, objektif bagi kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap penghayatan masyarakat di Negeri Johor terhadap tarian tradisional Melayu iaitu tarian zapin dan mengkaji faktor yang mengakibatkan tarian zapin semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat. Masalah dan objektif kajian ini akan diselesaikan pada bahagian metodologi kajian yang akan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Seramai 65 responden telah menjawab soalselidik yang telah diedarkan. Hasil kajian, 92% masyarakat Johor masih menganggap bahawa Tarian Zapin adalah tarian yang menarik dan 8% lagi menganggap tarian zapin tidak menarik kerana kehadiran muzik moden yang semakin berkembang pesat. Oleh itu, kajian komprehensif mengenai Tarian Zapin perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat. |
---|