Suai guna semula ke atas nilai warisan: kajian kes rumah agam Cheong Fatt Tze

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai “Suai Guna Semula Bangunan Rumah Agam Cheong Fatt Tze”. Rumah Agam Cheong Fatt Tze merupakan salah sebuah bangunan bersejarah di Pulau Pinang yang terletak di bandar Georgetown. Warisan budaya ketara seperti bangunan bersejarah ini perlu dipelihara keran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hanif Bin Muhd Nasir
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12905/1/MOHD%20HANIF%20BIN%20MUHD%20NASIR.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12905/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai “Suai Guna Semula Bangunan Rumah Agam Cheong Fatt Tze”. Rumah Agam Cheong Fatt Tze merupakan salah sebuah bangunan bersejarah di Pulau Pinang yang terletak di bandar Georgetown. Warisan budaya ketara seperti bangunan bersejarah ini perlu dipelihara kerana pada bangunan tersebut adanya nilai serta kepentingan sejarah dan warisan yang dapat menjana ekonomi setempat dan negara. Nilai warisan senibina sesebuah bangunan juga perlu memiliki ciri-ciri seperti tarikan rekabentuk senibina, teknologi dan teknik pembinaan yang unik dan cantik, seni pertukangan halus dan padat dengan falsafah yang ada pada bangunan bersejarah. kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat tentang kepentingan sejarah Rumah Agam Cheong Fatt Tze yang mana ianya merupakan salah satu sebuah bangunan bersejarah yang telah diubahsuai guna semula fungsinya oleh pihak bertanggungjawab. kajian ini juga bertujuan untuk melihat apakah kepentingan budaya yang terdapat pada Rumah Agam Cheong Fatt Tze di Pulau Pinang. Penyelidikan ini dijalankan atas objektif kajian iaitu meninjau tahap kesedaran masyarakat tentang pendekatan suai guna semula dalam pemuliharaan bangunan warisan, menganalisis persepsi masyarakat setempat terhadap nilai warisan yang terdapat pada Rumah Agam Cheong Fatt Tze dan mengenalpasti keberkesanan pendekatan suai guna semula terhadap Rumah Agam Cheong Fatt Tze dari perspektif masyarakat setempat. Kajian ini dilengkapkan dengan hasil dapatan melalui soal selidik, kajian ilmiah dan fotografi. Penyusuaian guna semula terhadap bangunan Rumah Agam Cheong Fatt Tze, Pulau Pinang ini merupakan satu kajian yang mampu memberikan satu impak untuk memperluaskan mahupun mempergiatkan lagi aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap bangunan-bangunan lama.