Pengaruh Barisan Nasional dalam perkembangan politik di Kelantan 1974-1978
Kajian ini bertujuan untuk memperincikan krisis politik era Barisan Nasional di Kelantan (1974-1978) dan perkembangan politik dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang dipengaruhi oleh Barisan Nasional adalah penting untuk dijadikan teladan dan iktibar pentadbiran politik di Malaysia. Justeru...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UMK Etheses |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11082/1/CHE%20HASSAN%20BIN%20CHE%20YUSOFF.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11082/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk memperincikan krisis politik era Barisan Nasional di Kelantan (1974-1978) dan perkembangan politik dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang dipengaruhi oleh Barisan Nasional adalah penting untuk dijadikan teladan dan iktibar pentadbiran politik di Malaysia. Justeru, pengkaji mengambil tanggungjawab untuk melihat perkara ini dengan beberapa objektif berikut antaranya melihat punca krisis dan perkembangan krisis politik era Barisan Nasional di Kelantan (1974-1978) dan mengenalpasti kesan-kesan krisis politik Kerajaan Barisan Nasional serta strategik panduan berpolitik yang lebih harmoni bagi mengurangkan konflik dalam jangka waktu tersebut. Bagi tujuan mendapatkan dapatan kajian, kaedah kualitatif melalui dokumentasi dan juga wawancara dengan beberapa informan akan digunakan. Pengkaji juga merujuk hasil kajian ilmiah yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu melalui jurnal, artikel, akhbar, majalah dan juga buku-buku yang berkaitan. Pengkaji telah menemubual beberapa tokoh politik dan individu untuk mendapat maklumat yang ada kaitan dengan peristiwa yang dikaji. Kaedah analisis yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data dalam kajian ini adalah berbentuk analisis deskriptif penjadualan. Hasil daripada kajian ini telah menemukan bahawa sesuatu krisis itu akan dapat dielakkan jika kedua-dua pihak yang terlibat dapat bertolak-ansur dan masa depan Barisan Nasional khususnya UMNO dan PAS akan terus kukuh. Hasil kajian ini juga memungkinkan bahawa jika kedua-dua parti Melayu Islam ini saling menghormati setiap parti yang terlibat, survival politik PAS dan UMNO akan kekal sebagai suatu gabungan yang kukuh. Hasil dapatan yakni objektif yang ketiga telah menemukan bahawa PAS bukan disingkir atau keluar daripada Barisan Nasional, tetapi ianya terlerai dengan sendirinya kerana tiada perjanjian bertulis yang jelas apabila masing-masing parti terlibat telah melanggar persetujuan lisan apabila berlakunya krisis dalam gabungan tersebut. Berdasarkan beberapa dapatan kajian ini, dicadangkan para politikus mestilah mengamalkan pendekatan politik matang, saling menghormati dasar dan ideologi politik masing-masing, elakkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan, tidak mementingkan kelompok sendiri serta maslahat ummah dan negara diutamakan bersendikan Islam. |
---|