Kisah Keayuaan Dua Raja.

Sejak dari zaman dulu lagi sudah meniti di bibir kita bahawa orang Kelantan cantik. Ini bukan setakat omongan kosong sahaja sebabnya sejarah Melayu dahulu pun sehingga kini masih masyhur dengan cerita kecantikan Cik Wan Kembang (Raja Perempuan Pertama Kelantan) dan Puteri Saadong. Biarpun kecanti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosmiza Kasim
Format: Newspaper
Language:English
Published: Sinar Harian 2011
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10908/1/Kisah%20Keayuaan%20Dua%20Raja.jpg
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10908/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak dari zaman dulu lagi sudah meniti di bibir kita bahawa orang Kelantan cantik. Ini bukan setakat omongan kosong sahaja sebabnya sejarah Melayu dahulu pun sehingga kini masih masyhur dengan cerita kecantikan Cik Wan Kembang (Raja Perempuan Pertama Kelantan) dan Puteri Saadong. Biarpun kecantikan dua insan istimewa dalam sejarah Kelantan ini dikatakan tidak dapat dibawa sepenuhnya untuk menterjemahkan moleknya rupa paras mereka, namun sehingga kini masih belum ada yang menafikannya. Bukan mahu mengatakan wanita negeri lain tidak cantik. Wanita di luar sana juga sangat manis dan ayu namun sejarah kecantikan dua insan berkenaan sentiasa mekar sehingga ke hari ini. Berkongsi sejarah dua wanita legenda ini, Wan Jaafar Yusof dari Unit Penyelidikan Muzium Negeri Kelantan berkata, berdasarkan pembacaan dan juga kajian yang dijalankan, kecantikan mereka tiada tolak bandingnya sehinggakan tersebarnya di seluruh alam serta mencetus peperangan. Menurutnya, nama asalnya adalah Wan Kembang dan nama Cik Siti Wan Kembang itu diberikan oleh seorang pedagang Arab ketika singgah di Kelantan- Panggilan (Siti) untuk seorang perempuan yang penuh dengan sifat kewanitaannya. Kisah cantik tersebar luas Menceritakan semula kisah itu, Wan Jaafar yang 30 tahun pengalaman dalam kajian sejarah memberitahu, pedagang Arab dari Terengganu tersebut ketika itu memberikan nama panggilan ketika berjumpa dengan ketua negeri ketika itu (Cik Wan Kembang). “Mengikut buku sejarah yang dikarang oleh Dato’ Perdana, menyebut Cik Siti Wan Kembang seorang raja yang cantik sehinggakan kemasyhuran kecantikan tersebar bukan sahaja ke seluruh alam Melayu bahkan sampai ke Kerajaan Riau, China dan negeri Arab. “Bukan sahaja masyhur kecantikan, tetapi kehebatan Cik Siti Wan kembang mentadbir negeri ketika itu sehingga Kelantan aman makmur. “Baginda raja juga disayangi oleh semua rakyat jelata sehingga satu masa penduduk di kawasan Gunung Ayam (Gunung Ayam Stong) membawa seekor anak kijang yang amat disayangi baginda dan diabadikan sebagai jata negeri Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian. Dek kecantikan Cik Siti Wan Kembang itu, ramai anak raja cuba untuk meminang baginda tetapi semuanya ditolak. Namun terdetik juga di hati baginda bahawa lambat laun sekiranya tidak menerima pinangan secara baik negerinya akan diserang. “Mungkin bertolak daripada sebab itu Cik Wan Kembang telah memindahkan pusat pemerintahan dari hulu ke hilir Sungai Kelantan sehingga sampai di Tanah Serendah Sekebun Bunga (Sekarang Cherang Tegayung, Ketereh),” katanya. Puteri Saadong jadi idaman Mungkin juga perpindahan dari Cita Wangsa ke pusat pemerintahan baharu disebabkan baginda cuba untuk merapatkan hubungan dengan sebuah lagi kerajaan yang wujud di Kelantan ketika itu, Kerajaan Kota Jembal. Cerita Wan Jaafar lagi, semasa Cik Siti Wan Kembang bersemayam di Tanah Serendah Sekebun Bunga, baginda menghadap Raja Loyar di Kota Jembal dan ketika itu terpandang seorang puteri (Mariam) anak kepada Raja Loyar. “Oleh sebab kecantikannya Mariam yang dipanggil Puteri Saadong, akhirnya Cik Siti Wan Kembang mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat. “setelah itu, Puteri Saadong membesar di Kota Tegayung. Kisah kecantikan anak angkat Cik Siti Wan Kembang itu telah sampai kepada pengetahuan Raja Siam,” katanya. Bertitik daripada penolakan awal, jelas Wan Jaafar, Raja Siam menghantar utusan kerana berkehendakkan Puteri Saadong dan dengan apa cara sekalipun mahu memilikinya. Untuk mengelak serangan Siam, Cik Siti Wan Kembang telah mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah dari kerabat Kerajaan Jembal. “Setelah bersemayam di Kota Jelasin (sekarang RTM Kelantan). Raja Siam tidak pernah melupakan hasrat untuk memiliki Puteri Saadong sehingga berlakunya peperangan. Siam telah menyerang Kota Jelasin sehingga ramai rakyat yang mati. “Raja Abdullah dan Puteri Saadong secara senya-senyap meninggalkan Kota Jelasin kearah timur laut (ke sebelah Melor) dan membina singgah sana yang digelar sebagai Mahligai,” katanya. Tetapi, katanya perpindahan secara senyap dapat dihidu oleh Siam dan kemudiannya Puteri Saadong telah berpakat dengan Raja Abdullah bagi menyelesaikan krisis peperangan tersebut. “Berdasarkan pembacaan dan kajian saya, akhirnya Puteri Saadong sanggup menunaikan permintaan Raja Siam dengan syarat Raja Abdullah tidak berkahwin dengan orang lain semasa ketiadaannya,” katanya. Pengakhiran yang menyedihkan Dipendekkan cerita kemungkinan kerana tulah darah raja biarpun Puteri Saadong sudah berada bersama Raja Siam tetapi baginda masih tidak Berjaya ‘menundukkan’ anak angkat Cik Siti Wan Kembang itu. Sehinggalah Raja Siam ditimpa penyakit dan sudah puas berubat namun tidak sembuh juga yang akhirnya Puteri Saadong menawarkan diri berubat tetapi bersyarat. “sekiranya sembuh Puteri Saadong perlu dihantar semula ke Kelantan. Akhirnya Raja Siam sihat dan Puteri Saadong dihantar kembali namun kepulangannya disambut duka apabila Raja Abdullah ada pengantinya. “Berlakulah satu tragedi yang tidak dapat diketahui secara sepenuhnya. Dikatakan Raja Abdullah mangkat tertikam sanggul Puteri Saadong,” ceritanya. Maka tidak dapat disangsikan lagi bahawa kecantikan gadis Kelantan turut berkait rapat dengan sejarah keayuan Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong. Mengaitkan kecantikkan orang Kelantan di Pasir Mas pula, Wan Jaafar berkata, ia kemungkinan suatu masa dahulu pedagang dari Arab dan negeri lain singgah di Kampung Seberang Pasir-Mas. “Kawasan ini menjadi tempat mendaratkan kapal-kapal dagang dan perkahwinan campur berlaku. Maka lahirnya anak-anak yang comel-comel belaka’” katanya.