Congkak atas tanah.

MARANG - Congkak memang diketahui ramai sebagai permainan tradisi masyarakat Melayu yang dimainkan ketika waktu lapang, namun kini semakin jarang kita melihat orang bermain congkak, apatah lagi yang bermain congkak atas tanah. Golongan muda bandar pastinya tidak pernah melihat congkak dimainkan atas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wartawan sinar harian
Format: Image
Published: 2013
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10906/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:MARANG - Congkak memang diketahui ramai sebagai permainan tradisi masyarakat Melayu yang dimainkan ketika waktu lapang, namun kini semakin jarang kita melihat orang bermain congkak, apatah lagi yang bermain congkak atas tanah. Golongan muda bandar pastinya tidak pernah melihat congkak dimainkan atas tanah dan mungkin mereka beranggapan ia sebagai aktiviti tidak berfaedah, namun bagi golongan remaja di Bukit Perpat, di sini, ia satu kepuasan sukar digambarkan. Nor Syafika Mohamad, 17, berkata, bermain congkak atas tanah masih popular dalam kalangan remaja di kampungnya, malah ia menjadi permainan rutin ketika cuti sekolah. “Kami memang dibesarkan dengan permainan ini. Sejak kecil kami bermain congkak, walaupun ada congkak kayu, tetapi kami lebih selesa bermain congkak atas tanah dengan menggunakan biji getah. “Ia sangat unik dan kami bangga masih dapat memainkan permainan ini dengan cara lama, selain akan terus mempertahankannya,” katanya. Nor Syafika dan rakan-rakannya tidak segan, malah mahir bermain permainan tradisi itu meskipun mereka diasak arus kemodenan. Ia sekali gus menolak dakwaan bahawa golongan remaja kini sudah melupakan permainan tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.