Watak utama wayang Kelantan Seri Rama.
Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Sem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Image |
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10903/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama dan menggunakan loghat Kelantan. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India.
Tuan Puteri Maya adalah ibu kepada Seri Rama. Seri Rama dilahirkan kulitnya yang putih kuning, warna kehijauan, tinggi lampai dan lahir bersamanya sebuah anak panah. Anak panah itu dipercayai tercipta dari tali pusat dan digelar Anak Panah Gadingwat Sodoroka.
Seri Rama dalam Wayang Kulit Siam sebagai seorang hero dalam Cerita Pokok dan Cerita Ranting menampilkan ciri perwatakan berbeza.Ini dapat dilihat dari keberaniannya dan kejayaannya untuk mendapatkan Siti Dewi dan melalui pelbagai dugaan dan cabaran. Watak Seri Rama dikategorikan sebagai watak halus,baik dan sopan. Seri Rama juga merupakan seorang Raja di Seusia Mendarapura dan suami kepada Siti dewi. Dalam Cerita Pokok, Seri Rama disifatkan sebagai seorang yang berbudi bahasa, tampan,gagah berani,menguasai permainan senjata seperti memanah dan sebagainya. Seri Rama mempunyai bentuk perwatakan yang cantik dengan kombinasi motif,warna,dan bentuk.
Tujuan utama Hikayat Seri Rama adalah untuk menunjukkan keunggulan keadilan, kasih sayang, kesetiaan, dan ketaatan tidak mementingkan diri sendiri. Versi Melayu telah menggabungkan unsur-unsur Ramayana Sanskrit India dengan tradisi dan kepercayaan untuk membuat cerita sangat berkembang yang dinikmati oleh banyak tempatan. Persembahan cerita dalam Wayang Kulit Kelantan pula boleh dibahagikan kepada tiga kelompok cerita, iaitu cerita pokok, cerita ranting dan cerita tanggam. Cerita pokok ialah cerita yang dimainkan sebelum peristiwa memanah pohon lontar oleh Seri Rama dan adikanya, Laksamana untuk mendapatkan Siti Dewi. Manakala cerita-cerita selepas perkahwinan Seri Rama dan Sita Dewi, yang melibatkan anak cucu Seri Rama diketegorikan sebagai cerita ranting. Manakala cerita-cerita tanggam pula, cerita yang disadurkan dari teks-teks luar. |
---|