Penerimaan masyarakat Orang Asli Termiar terhadap pembangunan moden di Kuala Betis Gua Musang, Kelantan

Kajian ini dibuat ke atas Penerimaan Pembangunan Moden terhadap Masyarakat Orang Asli Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Objektif kajian adalah mengkaji penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap pembangunan moden, mengetahui kesan pembangunan terhadap masyarakat Orang Asli dari aspek, budaya, sosial...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yaakob Bin Arsat
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2011
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10550/1/YAAKOB%20BIN%20ARSAT.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10550/
https://ftkw.umk.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dibuat ke atas Penerimaan Pembangunan Moden terhadap Masyarakat Orang Asli Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Objektif kajian adalah mengkaji penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap pembangunan moden, mengetahui kesan pembangunan terhadap masyarakat Orang Asli dari aspek, budaya, sosial, dan juga ekonomi dan objektif akhir adalah mengetahui tradisi lama masyarakat Orang Asli adakah dikekalkan oleh generasi muda dalam pembangunan moden. Orang Asli ialah komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Kehebatan komuniti tersebut ternyata berpunca daripada pengaplikasian kebijaksanaan ilmu tradisional yang diwarisi daripada generasi dahulu. Keserasian cara hidup yang begitu harmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengenal pasti tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat, dan pemuliharaan yang berkesan demi menghormati sumbangan alam terhadap kehidupan mereka. Menyedari tentang perlunya nilai-nilai dan ilmu pengetahuan tradisi dipertahankan, Kini masyarakat Orang Asli mula berubah dari segi cara hidup mereka akibat kesan secara langsung atau tidak langsung kepada pembangunan moden yang berlaku di sekitar mereka. Justeru itu, kajian ini mengfokuskan penerimaan masyarakat Orang Asli dengan mengambil kira, maklumat dan data diperoleh dengan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan mengedarkan borang soal selidik dan temubual terhadap responden. Kajian kepustakaan merujuk kepada buku-buku, tesis, kertas kerja dan jurnal yang memperkatakan tentang masyarakat Orang Asli sebagai soroton kajian.