Penilaian terhadap pelaksanaan program agama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam usaha pemantapan akidah

Kepincangan dan kerosakan akidah dalam kalangan masyarakat masa kini dilihat semakin parah dan bertambah serius ekoran daripada kewujudan pelbagai kes jenayah yang berlaku di negara kita dan hal ini tidak dapat dinafikan bahawa ia juga turut melanda masyarakat Islam khususnya di negeri Kelantan. Jus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Syazwani Ismail
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10112/1/Nur%20Syazwani%20binti%20Ismail.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10112/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepincangan dan kerosakan akidah dalam kalangan masyarakat masa kini dilihat semakin parah dan bertambah serius ekoran daripada kewujudan pelbagai kes jenayah yang berlaku di negara kita dan hal ini tidak dapat dinafikan bahawa ia juga turut melanda masyarakat Islam khususnya di negeri Kelantan. Justeru, proses pengukuhan akidah perlu dipertingkat dan diperhebatkan lagi oleh pihak berwajib seperti majlis agama bagi membantu kerajaan menangani kes-kes jenayah yang kian meruncing. Ini kerana, faktor pengukuhan akidah Islam turut memainkan peranan penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang hebat dan positif dalam menjalani kehidupan yang baik mengikut ciri-ciri akidah yang betul serta bebas daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan syariat Islam. Perkara ini juga boleh dikatakan mempunyai kaitan antara perbuatan seseorang muslim dengan kekuatan iman dan pegangan agama yang teguh kerana semakin tinggi pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai ilmu agama maka semakin baik akhlak dan tingkahlaku yang ada pada diri seseorang itu.