e-Panel - Sistem online panel klinik / Farah Azrin Ab. Aziz

Sistem Online Panel Klinik (E-Panel) adalah transaksi on-line pihak klinik dan bendahari Universiti Malaya yang mehbatkan tiga pihak iaitu pesakit, bendahari UM dan panel klinik. Secara abstraknya, pihak klinik akan dapat mencapai segala maklumat pesakit yang berkaitan seperti maklumat peribadi dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Farah Azrin , Ab. Aziz
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9812/1/Farah_Azrin_Ab._Aziz_%E2%80%93_Academic_exercise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9812/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Online Panel Klinik (E-Panel) adalah transaksi on-line pihak klinik dan bendahari Universiti Malaya yang mehbatkan tiga pihak iaitu pesakit, bendahari UM dan panel klinik. Secara abstraknya, pihak klinik akan dapat mencapai segala maklumat pesakit yang berkaitan seperti maklumat peribadi dan maklumat rawatan pesakit yang lepas. Pihak klinik juga tidak perlu lagi menghantar bil rawatan kepada pihak UM. Pihak UM denagn sendirinya dapat menerima bil rawatan tersebut secara on-line. Laporan-laporan juga dapat dijana dari transaksi yang berlaku dan ini dapat membantu kedua-dua pihak dalam perancangan masa hadapan. Risiko kehilangan dan keciciran fail dapat dikurangkan serta membantu kedua-dua pihak dalam penyimpanan fail yang lebih sistematik iaitu dengan menggunakan pangkalan data. Bagi pesakit pula, buku perubatan tidak perlu lagi dibawa ke klinik kerana segala maklumat dapat dicapai secara on-line. Sudah pasti ini memudahkan pesakit dan tanggungan yang boleh mendapatkan rawatan dalam sebarang keadaan. Sistem E-Panel ini menggunakan bahasa pengaturcaraan Active Server Page (ASP), pangkalan data Microsoft SQL Sever dan Macromedia Dreamweaver MX untuk pembangunan antaramuka laman web dalam pembangunannya. E-Panel mensasarkan penggunaan yang selamat, ramah pengguna, masa tindakbalas yang cepat serta kebolehpercayaan yang tinggi supaya pengguna senang menggunakan sistem ini. Adalah menjadi harapan agar E-Panel dapat digunakan oleh Uiversiti Malaya dalam usaha pentadbiran menggunakan teknologi dalam persekitaran kerja mereka.