Kajian kedudukan sosio-ekonomi pekerja-pekerja Ladang Triang, Pahang / Nathen Taiman
Ini adalah satu kajian sosio-ekonomi yang di jalankan bagi melihat taraf kedudukan pekerja-pekerja Ladang Triang. Dalam bab pertama pengkaji menghuraikan kepentingan kajian, skop, kaedah yang digunakan bagi mengumpul maklumat serta masalah yang dihadapi samasa menjalankan kajian luar. Dalam bab kedu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1985
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/9704/1/Nathen_Taiman_%2D_Academic_exercise.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9704/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ini adalah satu kajian sosio-ekonomi yang di jalankan bagi melihat taraf kedudukan pekerja-pekerja Ladang Triang. Dalam bab pertama pengkaji menghuraikan kepentingan kajian, skop, kaedah yang digunakan bagi mengumpul maklumat serta masalah yang dihadapi samasa menjalankan kajian luar. Dalam bab kedua pula, dihuraikan latarbelakang serta sejarah, kawasan kajian secara ringkas supaya mendapat satu gambaran umum tentang komuniti serta kawasan kajian yang akan terlibat. Perkara-perkara seperti pekerjaan, perbelanjaan, pendapatan, tabungan, hutang dan harta dibincangkan dalam bab seterusnya. Selain daripada itu, aspek-aspek yang berhubungan dengan pekerjaan seperti pekerjaan sebelumnya, pekerjaan bapa responden, cita-cita menukar pekerjaan dan alasan akan dilihat disamping membincangkan anak-anak pekerja yang berkerja dan membantu ibu bapa dalam melihat struktur dan kegiatan ekonomi. Dalam bab keempat struktur dan kedudukan sosial akan dilihat. Dalam membincangkan ini, bentuk dan struktur keluarga, purata ahli keluarga, bilangan ahli keluarga yang berkerja, taraf pelajaran, anak-anak yang bersekolah dan masalah keciciran akan diberi perhatian. Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan rumah, kesihatan infrastruktur sosial serta diberi perhatian disamping melihat tabiat minum arak dikalangan pekerja ladang, kegiatannya didalam pertubuhan serta masalah-masalah yang dihadapi. Dalam bab terakhir, satu kesimpulan dibuat dengan menilai perkara-perkara yang telag dibincangkan dalam bab-bab sebelumnya. |
---|