Aplikasi konsep Siasah Syar'iyyah dalam pelaksanaan dasar wanita Negeri Kelantan dari tahun 2001 hingga 2015 / Nurul Akma Mohamed
Kajian ini dibuat bertujuan untuk menilai sejauh mana konsep Siasah Syar'iyyah telah diaplikasikan dalam pelaksanaan Dasar Wanita NegeriKelantan bermula dari tahun 2001 hingga tahun 2015. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini meneliti data-data lapangan mengenai aspek pelaksanaan dasar y...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/9098/1/Nurul_Akma_Mohamed.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9098/8/akma.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9098/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dibuat bertujuan untuk menilai sejauh mana konsep Siasah Syar'iyyah telah
diaplikasikan dalam pelaksanaan Dasar Wanita NegeriKelantan bermula dari tahun 2001 hingga
tahun 2015. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini meneliti data-data lapangan mengenai aspek
pelaksanaan dasar yang diperolehi melalui kaedah dckumentasi dan temubual. Data-data
kualitatifyang diperolehi telah disusun dan dianalisis mengikut kronologi penggubalan dasar dan
pelaksanaannya, di mana penilaian terhadap penggubalan dasar telah dibuat berdasarkan elemen
Siasah Syar'iyyah yang utama. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara tematik bagi
menilai perkaitan dan ketepatan strategi dasar dan program yang dilaksanakan dengan perananperanan
Siasah Syar'iyyah terhadap wanita. Kajian ini mendapati bahawa terdapat lima peranan
utama Siasah Syar'iyyah terhadap wanita iaitu memaniu wanita melaksanakan syariat,
melindungi wanita daripada mungkar, meninggikan martabat wanita, menjamin kebajikan wanita
dan membentuk wanita yang bertanggungjawab. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
pelaksanaan Dasar Wanita Negeri Kelantan dalam temJX>h kajian adalah bertepatan dengan
konsep Siasah Syar'iyyah dari sudut inspirasi, prinsip dan matlamatnya. Hasil kajian ini juga
mendapati bahawa kesemua strategi dan program yang dianalisis telah memenuhi kelima-lima
peranan utama Siasah Syar'iyyah terhadap wanita yang dengan sendirinya telah dapat
mengukuhkan kedudukan wanita sebagai penyumbang dalam pembangunan masyarakat dan
negara. |
---|