Proses pembentukan kata adjektif majmuk warna dalam majalah bidang dekorasi / Nazzatul Nadzirah Mohd Tarmizi
Kajian mengenai kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna, agak kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat, dengan lebih mendalam lagi, proses pembentukan kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna. Kajian ini dilakukan ke atas bahan yang diambil daripada majalah Imp...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/9053/1/Nazzatul_Nadzirah_Mohd_Tarmizi_%2D_Dissertation.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9053/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian mengenai kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna, agak kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat, dengan lebih mendalam lagi, proses pembentukan kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna. Kajian ini dilakukan ke atas bahan yang diambil daripada majalah Impiana, sebuah majalah dekorasi. Pengupasan mengenai proses pembentukan kata adjektif ini dilakukan mengikut pendekatan teori Transformasi-Generatif, iaitu melalui teknik rajah pohon. Dalam menghuraikan proses pembentukan kata, pendekatan struktural turut digunakan, iaitu bagi melihat binaan perkataan dari segi hubungan sintagmatik dan paradigmatik. Hasil kajian mendapati bahawa bagi bentuk kata adjektif, hanya kata adjektif ganda yang tidak ditemui dalam bahan kajian selain bentuk kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, dan kata adjektif majmuk. Sebanyak sembilan jenis kata adjektif yang ditemui, yang selaras dengan piawaian penjenisan yang dibuat oleh Tatabahasa Dewan. Bagi kata adjektif majmuk warna pula, hanya dua bentuk yang ditemui, iaitu kata adjektif majmuk warna dengan binaan dua perkataan dan kata adjektif majmuk warna dengan binaan tiga perkataan. Dari segi jenisnya pula, terdapat lima jenis kata adjektif majmuk warna yang boleh dikategorikan berdasarkan fungsi unsur yang menerangkan. Hasil dapatan yang terhad terhadap bentuk kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna, menjadi asas bagi cadangan agar kajian yang lebih mendalam dilahirkan terhadap bentuk kata ini pada masa hadapan. |
---|