Wasiat wajibah: Kajian terhadap metode penghakiman kes-kes di daerah Jawa Timur, Indonesia / Zakiul Fuady Muhammad Daud
Hakim memiliki autoriti bagi menentukan hukum terutamanya terhadap perkara yang tidak dijelaskan secara langsung, sama ada menurut sumber hukum Islam mahupun Kompilasi Hukum Islam (KHI) seperti dalam kes wasiat wajibah. Bahkan, terkadang keputusan yang diambil oleh hakim bercanggah dengan ketentuan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/9042/1/Zakiul_Fuady_Muhammad_Daud.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9042/8/zakiul.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9042/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Hakim memiliki autoriti bagi menentukan hukum terutamanya terhadap perkara yang tidak dijelaskan secara langsung, sama ada menurut sumber hukum Islam mahupun Kompilasi Hukum Islam (KHI) seperti dalam kes wasiat wajibah. Bahkan, terkadang
keputusan yang diambil oleh hakim bercanggah dengan ketentuan yang sudah sedia ada. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti amalan wasiat wajibah dalam konteks Indonesia dan metode pengeluaran hukum Islam dan konvensional. Seterusnya, kajian ini menerangkan keputusan penghakiman terhadap kes-kes wasiat wajibah di Jawa Timur dan mengkaji apakah kaedah yang digunakan hakim dalam memutuskan kes-kes tersebut. Selain itu, kajian ini menganalisis keputusan dan metode pengeluaran hukum tersebut menurut perspektif syarak. Kajian kualitatif ini melibatkan responden daripada kumpulan hakim tahap I, hakim tahap tinggi dan hakim agung. Kaedah dokumentasi dan temu bual telah dijalankan bagi mendapatkan data yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa berdasarkan amalan penghakiman di Indonesia, hakim turut memberikan wasiat wajibah kepada ahli waris yang berbeza agama, anak angkat dan anak tidak sah taraf. Metode pengeluaran hukum dalam Islam meliputi tafsiran secara literal, metode ta‘līl dan penyelarasan, manakala dalam hukum konvensional meliputi tafsiran, hujah dan pengeluaran hukum secara bebas. Dalam sesetengah penghakiman, hakim terkadang memberikan wasiat wajibah kepada ahli waris yang berbeza agama, anak angkat dan anak tidak sah taraf, namun dalam penghakiman yang lain adalah sebaliknya. Hakim berpegang kepada prinsip maṣlaḥah al-mursalah dan menggunakan kombinasi metode pengeluaran hukum sama ada dalam hukum Islam mahupun hukum konvensional. Hasil analisis menunjukkan bahawa kebanyakan daripada penghakiman adalah bercanggah dengan syarak. Hal ini berikutan terdapat syarat-syarat yang tidak dipenuhi sehingga menghasilkan keputusan yang berbeza, sekalipun hakim menggunakan metode pengeluaran hukum Islam. |
---|