Pengkalan web bermaklumat untuk PMR (Bahasa Inggeris) / Ema Shuaida Shuaid
Dunia sekarang sedang menuju ke era yang lebih digital di mana teknologi maklumat menjadi satu wadah yang penting terutamanya di dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan juga maju setapak ke hadapan dengan penggunaan pengajaran yang berasaskan multimedia dan CD-Rom. la termasuk dengan kewujudan la...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8868/4/ema.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8868/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dunia sekarang sedang menuju ke era yang lebih digital di mana teknologi maklumat menjadi satu wadah yang penting terutamanya di dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan juga maju setapak ke hadapan dengan penggunaan pengajaran yang berasaskan multimedia dan CD-Rom. la termasuk dengan kewujudan laman web yang berasaskan grafik dan teks yang menarik. Oleh itu, projek yang bakal dibangunkan ini iaitu Pangkalan Web Bermaklumat untuk Pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR), khusus untuk mata pelajaran bahasa lnggeris juga memberi banyak kemudahan dan kebaikan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang memerlukannya. Objektif utama projek ini ialah untuk membangunkan pangkalan web yang menarik, padat, teliti dan tidak membosankan di mana menggunakan Microsoft FrontPage 2000. la juga menggunakan sistem pengurusan bergrafik yang berlatarbelakangkan Dynamic HTML untuk memperbahatui data dan maklumat mengikut keadaan semasa disamping ASP untuk rnenyokong pangkalan data. Pangkalan web ini akan memperuntukkan dua modul iaitu Modul untuk Pengguna Umum dan Modul Pentadbir. Modul untuk Pengguna Umum ini adalah memberi laluan yang mudah kepada pengguna untuk mencari tajuk-tajuk dan soalan-soalan yang berkaitan dengan matapelajaran yang dicari. Modul Pentadbir adalah untuk pembangun sistem memperbaharui data dan mengawal maklumat yang terdapat di dalam pangkalan data tanpa dicerobohi. Kaedah prototaip akan digunakan untuk membangunkannya.
Dengan wujudnya pangkalan web seumpama ini akan memberi lebih kebaikan dan membantu pengguna untuk mengekses maklumat dengan lebih cepat, pantas dan interaktif selaras dengan kecanggihan teknologi kini. |
---|