Pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah harian / Noor Azzam Syah Mohamed

Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka pemahaman Kumpulan Pelaksana Pengurusan (KPP) kokurikulum dan mengetahui proses yang terlibat semasa menguruskan kokurikulum di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu penerokaan jujukan (kualitatif dan kuantitatif) yang melibatkan seramai 10 ora...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Azzam Syah, Mohamed
Format: Thesis
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6684/7/Awalan_Tesis%2D11_Ogos_2016.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6684/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka pemahaman Kumpulan Pelaksana Pengurusan (KPP) kokurikulum dan mengetahui proses yang terlibat semasa menguruskan kokurikulum di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu penerokaan jujukan (kualitatif dan kuantitatif) yang melibatkan seramai 10 orang KPP kokurikulum di sekolah yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan seramai 307 orang KPP Kokurikulum di sekolah menengah harian yang berlainan. Dalam kaedah kualitatif, tiga teknik digunakan, iaitu temubual, pemerhatian dan juga semakan dokumen. Data dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo versi 10. Dapatan data kualitatif telah menemui lapan konstruk utama iaitu perancangan, pengelolaan, kepimpinan, pengawalan, pembangunan staf, pelaporan, belanjawan dan juga perhubungan masyarakat luar seterusnya menghasilkan amalan pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah. Dapatan kuantitatif diperoleh menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan SPSS versi 21 untuk mengenal pasti frekuensi, peratus, min, sisihan piawai, dan kolerasi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman KPP kokurikulum berdasarkan pelaksanaan pengurusan kokurikulum menggunakan model yang dihasilkan adalah seramai 296 orang pada tahap tinggi, manakala 11 orang lagi di tahap sederhana. Bagi tahap pelaksanaan menunjukkan seramai 244 orang di tahap yang tinggi, manakala seramai 63 orang ditahap yang sederhana. Ujian Kolerasi menunjukkan terdapat perhubungan yang sederhana di antara kefahaman dan pelaksanaan pengurusan kokurikulum (r = 0.672). Tahap kefahaman dan pelaksanaan KPP kokurikulum terhadap amalan pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah harian yang dihasilkan menerusi kaedah campuran ini menunjukkan 96.4 peratus daripada mereka faham pada tahap yang tinggi dan 79.5 peratus melaksanakan pengurusan kokurikulum pada tahap yang tinggi.