Summing methods procedures with selected analogue devices and digital plugins / Shahrizal Jaapar
Selama lebih satu dekad, sejumlah besar produk muzik komersil telah diadun dan dicampur menggunakan platfom digital. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan deras dalam teknologi digital audio yang membuatkan teknologi analog audio kelihatan terlalu mahal dan tidak praktikal. Walau bagaimanapun,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/6195/4/shahrizal.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6195/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Selama lebih satu dekad, sejumlah besar produk muzik komersil telah diadun dan
dicampur menggunakan platfom digital. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan
deras dalam teknologi digital audio yang membuatkan teknologi analog audio kelihatan
terlalu mahal dan tidak praktikal. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah besar
daripada golongan jurutera audio termashyur yang masih yakin bahawa kualiti audio
digital masih tidak dapat menandingi kualiti audio analog.
Terdapat banyak dakwaan bahawasanya penggunaan peralatan audio analog dapat
meningkatkan imej stereo, kedalaman, menambah“glue” dan karakter ke dalam hasil
adunan. Namun begitu, masih ramai jurutera-jurutera audio terkenal yang percaya
bahawa kualiti audio digital adalah setaraf dengan kualiti audio analog. Golongan ini
mengatakan bahawa dengan penggunaan prosedur yang betul dan perisian yang khusus,
semua kelebihan audio analog boleh dicapai dalam platfom digital.
Walaupun terdapat banyak ujian bunyi yang telah dilakukan untuk mencari perbezaan
khusus diantara dua kaedah summing, namun kebanyakan ujikaji terdahulu yang
dilakukan dengan tidak mengikut prosedur yang betul. Selain itu, ujikaji-ujikaji
terdahulu tidak pernah mengambil kira penggunaan analogue summing emulation
plugin dalam mencapai perbandingan yang lebih adil diantara platfom audio analog dan
digital.
Perdebatan tentang dua kaedah summing ini adalah sangat relevan dalam bidang audio.
Oleh itu, kajian ini telah direka khusus untuk mencari perbezaan objektif diantara
ii
analogue summing dan digital summing dengan menggunakan kaedah analisis akustik.
Tiga variasi digital summing iaitu DAW summing, DAW dengan Waves NLS dan DAW
dengan Slate Digital VCC diuji dengan kaedah perbandingan terhadap analogue
summing. Tujuan ujikaji ini adalah untuk membantu pengkaji, jurutera bunyi dan semua
yang terlibat untuk memahami implikasi penggunaan kaedah-kaedah summing ini.
Dua lagu pop kontemporari diadun dan diexpot sebagai stems. Stems ini kemudiannya
dicampur menggunakan empat kaedah summing. Pertama menggunakan summing mixer
analogue (SSL Xdesk), kedua menggunakan perisian audio digital ataupun DAW
(Protools 11), ketiga menggunakan DAW dengan Waves NLS dan keempat
menggunakan DAW dengan Slate Digital VCC.
Analisis akustik kemudian dijalankan keatas semua hasil kaedah summing. Hasil ujian
menunjukkan terdapat pebezaan visual yang jelas diantara kaedah analogue summing
dan digital summing walaupun dengan sampel yang menggunakan analogue summing
emulation plugin. |
---|