Aplikasi hadith amal jama‛i dalam Al-Sahihayn: Kajian terhadap usahawan Al-Wahida Marketing Sdn Bhd / Mohd Nizho Abd Rahman

Kajian ini memfokuskan isu berkaitan pengurusan Islam yang mampu mendorong kepada kesedaran tentang kehebatan sumber Islam yang pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W. Berasaskan penyelidikan keperpustakaan dan lapangan, kajian ini dilakukan untuk menganalisis konsep Amal Jama’i (kerja berpasukan) dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nizho, Abd Rahman
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5989/1/nizho.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5989/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan isu berkaitan pengurusan Islam yang mampu mendorong kepada kesedaran tentang kehebatan sumber Islam yang pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W. Berasaskan penyelidikan keperpustakaan dan lapangan, kajian ini dilakukan untuk menganalisis konsep Amal Jama’i (kerja berpasukan) dalam al-Sahihayn dan aplikasinya terhadap usahawan al-Wahida Marketing Sdn. Bhd. Selalunya, ilmu yang berkaitan dengan pengurusan terutamanya Amal Jama’i hanya diangkat martabatnya oleh sarjana konvensional, malah terdapat sarjana Islam sendiri yang merasa kagum dengan teori yang diketengahkan oleh sarjana konvensional dalam kajian mereka. Walaupun sarjana konvensional memperkenalkan teori-teori mereka tentang Amal Jama’i, namun di sana terdapat perbezaan yang ketara disebabkan Islam tidak membincang sesuatu konsep itu hanya berdasarkan material semata-mata, malah penekanan juga diberikan dalam aspek spiritual. Selain itu, laporan akhbar tempatan menunjukkan sebahagian besar syarikat yang dikendalikan oleh usahawan MLM yang menjalankan operasi mereka tidak menepati syariat serta meragukan. Bagi memperjelaskan isi ini, kajian ini dibuat untuk melihat konsep Amal Jama’i dalam pengurusan Islam dan konvensional. Kajian ini juga, menganalisis fiqh hadith berkaitan Amal Jama’i dalam al-Sahihayn, disamping menilai kefahaman usahawan al-Wahida terhadap prinsip Amal Jama’i sebagai budaya kerja mereka. Bagi memperkukuhkan kajian yang dilakukan, metodologi yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif digunakan untuk melihat kejayaan pengurusan Islam yang melibatkan Amal Jama’i yang pernah dipraktik oleh Nabi S.A.W dan para Sahabat. Dalam masa yang sama, kajian dibuat untuk melihat perkaitannya dengan organisasi al-Wahida Marketing Sdn.Bhd yang menjalankan operasi mereka menurut kaedah pengurusan Islam. Justeru, sampel kajian yang melibatkan seramai 144 orang usahawan yang pernah mendapat anugerah daripada Syarikat HPA dijadikan bahan kajian. Responden yang dipilih adalah melibatkan usahawan yang berpangkat dan usahawan biasa dalam al-Wahida di seluruh Malaysia. Data kajian ini, dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 19.0. Melalui pengukuran ini, maka wujudnya signifikan antara pola hubungan Amal Jama’i di zaman Nabi S.A.W dengan Amal Jama’i yang dilakukan oleh usahawan al-Wahida. Ianya wujud pada sesetengah pengurusan dan tidak pula pada sesetengah yang lain. Hasil kajian mendapati, Amal Jama’i merupakan aspek penting dalam pengurusan Islam. Manakala elemen kepercayaan, perkongsian dan komitmen adalah merupakan pengukuh kepada Amal Jama’i itu sendiri. Seterusnya, hasil kajian mendapati bahawa hadith hijrah adalah merupakan aspirasi kepada konsep Amal Jama’i dalam pengurusan Islam. Selain itu, kajian ini menjadikan hadith yang berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat (tingkah laku) sebagai pengukur kepada Amal Jama’i . Hasil kajian seterusnya, turut dilaporkan dalam bentuk deskriptif dan disokong dengan data-data yang dikumpul serta hujah dan dapatan kajian lalu.