id my.um.stud.5932
record_format eprints
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic DS Asia
SH Aquaculture. Fisheries. Angling
spellingShingle DS Asia
SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Pg Hj Abdul Rahim, Pg Khairul Rijal
Sejarah perkembangan perusahaan perikanan di negara Brunei Darussalam 1800-2008 / Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim
description ini bertujuan untuk meneliti sejarah perkembangan perusahaan perikanan di Negara Brunei Darussalam antara tahun 1800 hingga 2008. Ketidakmampuan perusahaan perikanan memenuhi permintaan sumber perikanan dan kebergantungan Brunei kepada sumber perikanan import dari negara luar menjadi permasalahan utama yang diambil kira dalam kajian ini. Pengkajian mengenai sejarah perkembangan perusahaan perikanan ini dapat memperlihatkan satu gambaran yang lebih jelas dalam erti kata sebenar tentang ketidakmampuan perusahaan perikanan Brunei memenuhi permintaan sumber perikanan. Dalam mengenalpasti dan memahami kedudukan sebenar perubahan dan perkembangan yang telah berlaku dalam perusahaan perikanan Brunei, permasalahan kajian diteliti dalam konteks yang luas dan menyeluruh yang menitikberatkan sejarah secara kronologi mengikut tahap-tahap sejarah Brunei. Bermula dari zaman Pentadbiran Tradisi (1800-1905); diikuti zaman Pentadbiran Residen British I (1906-1941); zaman Pendudukan Jepun dan zaman Pentadbiran Residen British II (1949-1959); zaman Brunei Berkerajaan Sendiri (1959-1983) dan diakhiri dengan zaman Brunei mencapai Merdeka (1984-2008). Dengan menggunakan pendekatan sejarah dan kaedah perpustakaan, temu bual dan pemerhatian, kajian ini memberi penekanan terhadap hubung kait permasalahan kajian dengan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan dan perkembangan perusahaan perikanan. Pengaruh perubahan sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi, pertambahan bilangan penduduk, peranan pihak pentadbiran dan golongan pemodal terhadap perusahaan perikanan Brunei merupakan faktor-faktor yang dianalisis secara terperinci dalam menjawab atau menyelesaikan permasalahan dalam kajian ini. Hasil penganalisisan telah mendapati bahawa perusahaan perikanan di Brunei telah mengalami pelbagai perubahan dari peringkat pengeluaran hingga ke peringkat pemasaran. Perubahan yang berlaku dalam perusahaan perikanan didorong oleh usaha untuk memenuhi permintaan sumber perikanan yang mengalami peningkatan kuantiti dan perubahan bentuk komoditi perikanan. Peningkatan kuantiti dan perubahan bentuk permintaan sumber perikanan dipengaruhi secara langsung dan tidak langsung oleh faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan perikanan. Bagi memenuhi peningkatan kuantiti dan perubahan bentuk permintaan sumber perikanan, perusahaan perikanan perlu dibangun dan dimodenkan. Pelbagai rancangan dan langkah pembangunan dan pemodenan perusahaan perikanan telah dilaksanakan oleh pihak pentadbiran dan golongan pemodal bagi meningkatkan hasil pendaratan dan pengeluaran sumber perikanan. Bagaimanapun, sejak dari zaman Pentadbiran Residen British I hingga zaman Brunei mencapai Kemerdekaan, usaha yang dilaksanakan ini kurang mendapat sambutan daripada rakyat dan penduduk Brunei. Impak dari situasi ini, perusahaan perikanan tidak mampu memenuhi peningkatan kuantiti dan perubahan bentuk permintaaan sumber perikanan. Ketidakmampuan ini telah menyebabkan Brunei bergantung kepada sumber perikanan import dari negara luar secara berterusan bagi memenuhi permintaan sumber perikanan tempatan sehingga ke hari ini. Ini bermakna kebergantungan Brunei terhadap sumber perikanan import bukanlah disebabkan kekurangan stok sumber perikanan atau akibat tangkapan yang berlebihan seperti negara-negara lain yang banyak dibincangkan dalam kajian-kajian terdahulu. Akan tetapi disebabkan persepsi dan sambutan rakyat dan penduduk yang kurang memberi perhatian terhadap perusahaan perikanan. Dengan itu, tesis ini merupakan kajian terbaru yang menyumbang kepada pertambahan kajian dalam bidang perikanan secara umumnya dan di Brunei secara khususnya.
format Thesis
author Pg Hj Abdul Rahim, Pg Khairul Rijal
author_facet Pg Hj Abdul Rahim, Pg Khairul Rijal
author_sort Pg Hj Abdul Rahim, Pg Khairul Rijal
title Sejarah perkembangan perusahaan perikanan di negara Brunei Darussalam 1800-2008 / Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim
title_short Sejarah perkembangan perusahaan perikanan di negara Brunei Darussalam 1800-2008 / Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim
title_full Sejarah perkembangan perusahaan perikanan di negara Brunei Darussalam 1800-2008 / Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim
title_fullStr Sejarah perkembangan perusahaan perikanan di negara Brunei Darussalam 1800-2008 / Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim
title_full_unstemmed Sejarah perkembangan perusahaan perikanan di negara Brunei Darussalam 1800-2008 / Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim
title_sort sejarah perkembangan perusahaan perikanan di negara brunei darussalam 1800-2008 / pg khairul rijal pg hj abdul rahim
publishDate 2015
url http://studentsrepo.um.edu.my/5932/1/%23_COVER_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/2/%23_KANDUNGAN_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/3/BAB_1_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/4/BAB_2_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/5/BAB_3_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/6/BAB_4_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/7/BAB_5_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/8/BAB_6_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/9/BAB_7_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/10/BIBLIOGRAFI_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/11/LAMPIRAN_A_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5932/
_version_ 1738505852365570048
spelling my.um.stud.59322015-10-02T03:02:21Z Sejarah perkembangan perusahaan perikanan di negara Brunei Darussalam 1800-2008 / Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim Pg Hj Abdul Rahim, Pg Khairul Rijal DS Asia SH Aquaculture. Fisheries. Angling ini bertujuan untuk meneliti sejarah perkembangan perusahaan perikanan di Negara Brunei Darussalam antara tahun 1800 hingga 2008. Ketidakmampuan perusahaan perikanan memenuhi permintaan sumber perikanan dan kebergantungan Brunei kepada sumber perikanan import dari negara luar menjadi permasalahan utama yang diambil kira dalam kajian ini. Pengkajian mengenai sejarah perkembangan perusahaan perikanan ini dapat memperlihatkan satu gambaran yang lebih jelas dalam erti kata sebenar tentang ketidakmampuan perusahaan perikanan Brunei memenuhi permintaan sumber perikanan. Dalam mengenalpasti dan memahami kedudukan sebenar perubahan dan perkembangan yang telah berlaku dalam perusahaan perikanan Brunei, permasalahan kajian diteliti dalam konteks yang luas dan menyeluruh yang menitikberatkan sejarah secara kronologi mengikut tahap-tahap sejarah Brunei. Bermula dari zaman Pentadbiran Tradisi (1800-1905); diikuti zaman Pentadbiran Residen British I (1906-1941); zaman Pendudukan Jepun dan zaman Pentadbiran Residen British II (1949-1959); zaman Brunei Berkerajaan Sendiri (1959-1983) dan diakhiri dengan zaman Brunei mencapai Merdeka (1984-2008). Dengan menggunakan pendekatan sejarah dan kaedah perpustakaan, temu bual dan pemerhatian, kajian ini memberi penekanan terhadap hubung kait permasalahan kajian dengan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan dan perkembangan perusahaan perikanan. Pengaruh perubahan sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi, pertambahan bilangan penduduk, peranan pihak pentadbiran dan golongan pemodal terhadap perusahaan perikanan Brunei merupakan faktor-faktor yang dianalisis secara terperinci dalam menjawab atau menyelesaikan permasalahan dalam kajian ini. Hasil penganalisisan telah mendapati bahawa perusahaan perikanan di Brunei telah mengalami pelbagai perubahan dari peringkat pengeluaran hingga ke peringkat pemasaran. Perubahan yang berlaku dalam perusahaan perikanan didorong oleh usaha untuk memenuhi permintaan sumber perikanan yang mengalami peningkatan kuantiti dan perubahan bentuk komoditi perikanan. Peningkatan kuantiti dan perubahan bentuk permintaan sumber perikanan dipengaruhi secara langsung dan tidak langsung oleh faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan perikanan. Bagi memenuhi peningkatan kuantiti dan perubahan bentuk permintaan sumber perikanan, perusahaan perikanan perlu dibangun dan dimodenkan. Pelbagai rancangan dan langkah pembangunan dan pemodenan perusahaan perikanan telah dilaksanakan oleh pihak pentadbiran dan golongan pemodal bagi meningkatkan hasil pendaratan dan pengeluaran sumber perikanan. Bagaimanapun, sejak dari zaman Pentadbiran Residen British I hingga zaman Brunei mencapai Kemerdekaan, usaha yang dilaksanakan ini kurang mendapat sambutan daripada rakyat dan penduduk Brunei. Impak dari situasi ini, perusahaan perikanan tidak mampu memenuhi peningkatan kuantiti dan perubahan bentuk permintaaan sumber perikanan. Ketidakmampuan ini telah menyebabkan Brunei bergantung kepada sumber perikanan import dari negara luar secara berterusan bagi memenuhi permintaan sumber perikanan tempatan sehingga ke hari ini. Ini bermakna kebergantungan Brunei terhadap sumber perikanan import bukanlah disebabkan kekurangan stok sumber perikanan atau akibat tangkapan yang berlebihan seperti negara-negara lain yang banyak dibincangkan dalam kajian-kajian terdahulu. Akan tetapi disebabkan persepsi dan sambutan rakyat dan penduduk yang kurang memberi perhatian terhadap perusahaan perikanan. Dengan itu, tesis ini merupakan kajian terbaru yang menyumbang kepada pertambahan kajian dalam bidang perikanan secara umumnya dan di Brunei secara khususnya. 2015 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/1/%23_COVER_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/2/%23_KANDUNGAN_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/3/BAB_1_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/4/BAB_2_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/5/BAB_3_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/6/BAB_4_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/7/BAB_5_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/8/BAB_6_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/9/BAB_7_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/10/BIBLIOGRAFI_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5932/11/LAMPIRAN_A_PhD_PG_KHAIRUL_RIJAL.pdf Pg Hj Abdul Rahim, Pg Khairul Rijal (2015) Sejarah perkembangan perusahaan perikanan di negara Brunei Darussalam 1800-2008 / Pg Khairul Rijal Pg Hj Abdul Rahim. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5932/
score 13.211869