Al-Wasa'il al-mutbiqah fi al-masarif al-Islamiyah li-tahqiq maqasid al-shari`ah : Al-Bank al-Islami al-Malizi al-mahdud (BIMB) namudhajan / Bezziche Amel
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menilai kaedah dan alat yang digunakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi mencapai objektif Shariah dalam urus niaga kewangan seperti memastikan perlindungan, pemeliharaan, keadilan dalam pengagihan harta, ketelusan dan kesaksamaan. Kaed...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5876/1/Thesis%2DIGA070052.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5876/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menilai kaedah dan alat yang digunakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi mencapai objektif Shariah dalam urus
niaga kewangan seperti memastikan perlindungan, pemeliharaan, keadilan dalam pengagihan harta, ketelusan dan kesaksamaan. Kaedah yang diguna dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada dua pendekatan: Pendekatan pertama adalah penyelidikan perpustakaan dengan menggunakan sumber-sumber akademik seperti buku, rujukan jurnal dan tesis. Induksi analisis telah digunakan untuk menyiasat dan menganalisis pendapat ulama-ulama Islam khusus dalam perbankan Islam untuk mengenal pasti objektif Syariah dalam urus niaga kewangan.
Pendekatan kedua adalah berdasarkan penyelidikan lapangan, di mana maklumat tentang topik tersebut telah dikumpulkan melalui cara yang berbeza seperti temuduga dengan pengurus-pengurus BIMB yang berkaitan, dan rujukan kepada laporan rasmi yang diterbitkan oleh BIMB dan juga rujukan artikel yang disiarkan mengenai BIMB. Di samping itu, penyelidikan
ini menggunakan metodologi analisis perbandingan kritikal untuk menganalisis maklumat yang berkaitan dengan menjalankan analisis kritikal ke atas model perniagaan yang dilaksanakan oleh BIMB untuk mencapai objektif Syariah.
Tujuan analisis adalah untuk melihat tahap pencapaian bank
berdasarkan model perniagaan untuk memenuhi parameter dan standard Syariah. Kajian ini mencapai kesimpulan bahawa BIMB telah berjaya merealisasikan maqasid al syariah
melalui model perniagaannya dalam perbankan melalui pelbagai cara seperti sistem penyeliaan Syariah berkesan
yang dapat memastikan bahawa keseluruhan operasi perbankannya tidak melanggar peraturan dan prinsip-prinsip
Syariah. Sistem ini juga melibatkan badan-badan pentadbiran bagi penyeliaan dalaman; seperti Jawatankuasa Syariah (SC) yang merupakan komponen yang paling penting dan penyeliaan
luaran lain yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). BIMB telah berjaya menarik ramai pelanggan terutamanya melalui produk pembiayaan pengguna namun masih perlu melakukan peningkatan dalam mempelbagaikan tawaran portfolio pelaburannya. Selain daripada itu, BIMB telah
menyediakan perkhidmatan sosial dan amal menggunakan dana zakat seperti menaja program sosial dan pendidikan yang dapat membantu menggalakkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia. |
---|