Taksiran dan aplikasi zakat padi di Malaysia / Nor Aini binti Ali
Zakat padi adalah satu-satunya sumber zakat tanaman di Malaysia. Berdasarkan garis panduan institusi zakat, zakat padi dikenakan pada kadar lima peratus atau sepuluh peratus daripada hasil kasar atau hasil bersih setelah cukup nisab iaitu lima awsaq. Kaedah taksiran zakat padi berdasarkan hasil kas...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5533/1/Tesis_Akhir.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5533/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Zakat padi adalah satu-satunya sumber zakat tanaman di Malaysia. Berdasarkan garis panduan institusi zakat, zakat padi dikenakan pada kadar lima peratus atau sepuluh peratus daripada hasil kasar atau hasil bersih setelah cukup nisab iaitu lima awsaq.
Kaedah taksiran zakat padi berdasarkan hasil kasar dikatakan tidak menjamin keadilan sosial dalam kalangan petani kerana kos yang tinggi diperlukan bagi penanaman padi
secara moden termasuklah kos input seperti baja, benih dan racun serta kos buruh untuk membajak, menuai dan sebagainya. Secara umumnya, tujuan kajian adalah untuk
meneliti taksiran zakat padi dari sudut teori dan praktis. Secara khususnya pula, kajian ini mempunyai empat objektif. Pertama ialah untuk membincangkan pemikiran sarjana
Islam tentang zakat tanaman. Keduanya, adalah untuk menghuraikan undang-undang dan fatwa berkaitan zakat tanaman di Malaysia. Ketiga, untuk menganalisis amalan
taksiran zakat padi di Selangor, Kelantan, Kedah dan Perlis. Keempat, untuk mengemukakan model perakaunan zakat padi yang praktikal untuk diamalkan di Malaysia.
Bagi mencapai keempat-empat objektif tersebut, kajian perpustakaan dan kajian lapangan dilaksanakan. Kajian perpustakaan dijalankan bagi memperolehi data sekunder berkaitan zakat tanaman menerusi penelitian terhadap karya-karya terdahulu.
Kajian lapangan pula dilakukan bagi memperolehi data primer berhubung amalan taksiran zakat padi di Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Jabatan Zakat Kedah (JZK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta dalam kalangan petani di Selangor, Kelantan, Kedah dan Perlis. Data sekunder dan primer yang diperolehi dianalisis secara
kualitatif dan kuantitatif berdasarkan keperluan kajian.
Secara umum, amalan taksiran zakat padi merangkumi tiga langkah utama iaitu cukup nisab, pemilihan kadar zakat padi serta pengiraan zakat padi berdasarkan kaedah yang dipilih. Secara khusus, dalam aspek nisab zakat padi, kebanyakan responden tidak mengikut garis panduan institusi zakat kerana mereka tidak mengetahui jumlah nisab zakat padi. Manakala dalam aspek kadar zakat padi, kebanyakan responden membayar zakat padi pada kadar yang ditetapkan oleh institusi zakat. Selain itu, hasil kajian juga mendapati majoriti responden mengira zakat padi berdasarkan hasil kasar kecuali responden di Kelantan yang mengira zakat padi berdasarkan hasil bersih. Ini tidak selari dengan garis panduan di MAIK.
Secara keseluruhannya, amalan taksiran zakat padi dalam kalangan petani selari dengan garis panduan institusi zakat. Walau bagaimanapun, penetapan kadar zakat padi oleh
institusi zakat tanpa mengambilkira jenis pengairan yang digunakan oleh petani dan penggunaan kaedah hasil kasar dalam taksiran zakat padi perlu dinilai semula supaya
petani yang benar-benar mampu dan layak sahaja membayar zakat padi. |
---|