Drama dakwah di Malaysia : kajian tentang proses penulisan skrip / Ummi Hani Abu Hassan

Penulisan skrip merupakan satu proses yang penting dalam penerbitan sesebuah drama, sama ada drama televisyen, pentas atau radio. Penulisan skrip juga mengandungi dua proses utama iaitu proses dalaman dan luaran. Setiap penulis akan melalui dua proses ini dengan cara yang tersendiri dan berbeza anta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Hassan, Ummi Hani
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5358/1/DRAMA_DAKWAH_DI_MALAYSIA_final.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5358/3/tesis_final.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5358/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan skrip merupakan satu proses yang penting dalam penerbitan sesebuah drama, sama ada drama televisyen, pentas atau radio. Penulisan skrip juga mengandungi dua proses utama iaitu proses dalaman dan luaran. Setiap penulis akan melalui dua proses ini dengan cara yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Kajian ini menumpukan terhadap proses penulisan skrip drama televisyen yang bernuansa Islam. Pengkaji mendapati wujudnya perbezaan antara penulisan skrip drama umum dan dakwah meliputi konsep dan proses penulisan. Konsep drama dakwah meletakkan penulis sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi yang mesti menjalankan setiap suruhan-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. Penulis menjadikan drama sebagai alat dakwah untuk mengajak masyarakat melaksanakan perintah tersebut. Hal ini hanya dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya penulis menghayati Islam dalam setiap aspek kehidupan mereka. Bagi menilai mutu drama dakwah, pengkaji memilih empat orang penulis skrip yang telah menghasilkan drama dakwah di televisyen untuk dikaji setiap proses penulisan mereka sebelum dan selepas sesebuah skrip drama dihasilkan. Dapatan pengkaji, drama dakwah yang sempurna serta menjadi panduan masyarakat terhasil daripada kesungguhan penulis melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan peribadinya serta kesedaranyan terhadap tugas dakwah dalam masyarakat.