Kursus pendidikan Islam di Politeknik Kota Melaka : pengaruhnya terhadap cara hidup pelajar / Wan Mohd Tarmizi bin Wan Othman

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap cara hidup pelajar di Politeknik Kota Melaka. Seramai 265 responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih melalui kaedah persampelan rawak. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar peringkat sijil yang sedang mengiku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Othman, Wan Mohd Tarmizi
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5351/9/DISERTASI_IGB080014.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5351/1/ABSTRAK_ISI_KANDUNGAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5351/6/BAB_PERTAMA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5351/2/BAB_KEDUA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5351/5/BAB_KETIGA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5351/3/BAB_KEEMPAT.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5351/4/BAB_KELIMA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5351/7/BIBLIOGRAFI_LAMPIRAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5351/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap cara hidup pelajar di Politeknik Kota Melaka. Seramai 265 responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih melalui kaedah persampelan rawak. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar peringkat sijil yang sedang mengikuti pengajian pada semester Julai Sesi 2009. Data-data dalam kajian ini diperolehi melalui soalselidik, temubual dan pemerhatian. Ketiga-ketiga teknik ini digunakan bagi mendapatkan data-data dan maklumat berkaitan tahap pemahaman asas pendidikan Islam di kalangan pelajar dan pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap cara hidup pelajar dalam aspek ibadah, cara berpakaian, pergaulan dengan ibubapa, pergaulan dengan pensyarah dan pergaulan dengan rakan-rakan. Penganalisaan data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 15.0. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif seperti min, peratus dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan responden memiliki pemahaman yang tinggi berkaitan pendidikan Islam. Namun terdapat beberapa perkara yang masih menunjukkan peratusan yang rendah iaitu membaca tulisan jawi dengan baik dan lancar serta membaca al-Quran dengan lancar mengikut tajwid. Dalam perkara berkaitan pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap cara hidup pelajar, masih terdapat peratusan yang agak rendah atau berada pada tahap kurang memuaskan terhadap beberapa aspek. Antaranya pengaruh terhadap aspek ibadah berada pada tahap yang agak rendah berbanding aspek-aspek lain. Perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan ibadah merupakan antara tonggak utama dalam agama Islam.