Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Kelantan Kampus Machang : kajian pendekatan dan program dakwah terhadap pembangunan akhlak mahasiswa / Mohd Khusyairie bin Marzuki

Kajian ini membincangkan tentang fungsi CITU dalam menyediakan program dan aktiviti keagamaan kepada seluruh warga kampus, khususnya dalam konteks peranannya membangunkan akhlak mahasiswa. CITU menggunakan pendekatan dakwah yang disarankan oleh Allah dalam surah al-Nahl : ayat 125. Kajian ini mempun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Marzuki, Mohd Khusyairie
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5345/5/Cover_Kulit_Depan..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5345/2/Bahagian_Depan..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5345/1/Bab_1%2D_Bab_5..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5345/3/Bibliografi..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5345/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan tentang fungsi CITU dalam menyediakan program dan aktiviti keagamaan kepada seluruh warga kampus, khususnya dalam konteks peranannya membangunkan akhlak mahasiswa. CITU menggunakan pendekatan dakwah yang disarankan oleh Allah dalam surah al-Nahl : ayat 125. Kajian ini mempunyai 4 objektif yang ingin dicapai. Pertamanya; memahami program dan pendekatan dakwah CITU dalam pembangunan akhlak mahasiswa. Keduanya; mengenal pasti program dan pendekatan CITU dalam pembangunan akhlak mahasiswa. Ketiganya; mengenal pasti masalah dalam pelaksanaan program dan pendekatan CITU, dan keempatnya; mengenal pasti penerimaan mahasiswa terhadap program dan pendekatan dakwah CITU. Rekabentuk kajian ini menggunakan metode kajian perpustakaan dan metode kajian lapangan. Sumber data diperolehi melalui metode pengumpulan data yang meliputi kaedah temubual, pemerhatian dan soal selidik. Hasil utama dapatan kajian ini mendapati bahawa pembangunan akhlak mahasiswa UiTM Kelantan kampus Machang berada pada tahap sederhana baik. Ini memberikan isyarat bahawa program-program dakwah CITU mendapat sambutan yang baik dan pendekatannya dapat diterima oleh masyarakat kampus pada skala sederhana.