Tarajim al-abwab di dalam Sahih al-Bukhari : kajian terhadap manuskrip Sharh tarjamah al-bab oleh Mawlana Tok Khurasan / Mohd Asmawi bin Muhamad
Kajian ini membicarakan salah satu aspek terpenting di dalam Sahih al-Bukhari iaitu tarjamah al-bab atau penamaan judul bab dengan tumpuan terhadap manuskrip Sharh Tarjamah al-Bab oleh Mawlana Tok Khurasan. Tujuan utamanya adalah untuk mengetengahkan kepada umum peranan dan sumbangan ulama' tem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5316/1/(Mohd_Asmawi_Muhamad)_%2D_Tarajim_al%2DAbwab_di_dalam_Sahih_al%2DB.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5316/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membicarakan salah satu aspek terpenting di dalam Sahih al-Bukhari iaitu tarjamah al-bab atau penamaan judul bab dengan tumpuan terhadap manuskrip Sharh Tarjamah al-Bab oleh Mawlana Tok Khurasan. Tujuan utamanya adalah untuk mengetengahkan kepada umum peranan dan sumbangan ulama' tempatan terhadap kelansungan pengajian hadith dan menyedarkan umum akan kewujudan manuskrip ini seterusnya menilai kesesuaiannya untuk dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan.
Maklumat dan hasil dapatan kajian ini diperolehi dengan mengaplikasikan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian terhadap manuskrip ini dilakukan dalam dua bentuk iaitu analisis metode dan kajian perbandingan. Hasil dapatan yang diperolehi dari analisis metode mendapati bahawa metodologi yang diterapkan di dalamnya tidaklah memaparkan kelainan yang tersendiri dari apa yang dilazimi di dalam karyakarya lain yang terdahulu darinya melainkan pada aspek huraiannya yang telah menonjolkan suatu keistimewaan yang tidak akan didapati di dalam karya-karya lain selainnya. Sementara hasil dari kajian perbandingan mendapati bahawa tulisan ini tidaklah asli milik Mawlana Tok Khurasan melainkan apa yang telah diterjamahkan dari
hasil karya gurunya yang terutama iaitu Shaykh al-Hind Mawlana Mahmud Hasan Sahib al-Deobandi, namun ianya telah dilengkapi oleh Mawlana Tok Khurasan dengan penjelasan tambahan yang diletakkan pada bahagian nota kaki. |
---|