Ketaatan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan negara ditinjau menurut persepktif teori ulu al-amr / Azhariah binti Abd Kadir

Konsep ketaatan rakyat terhadap pemimpin merupakan suatu isu penting yang jarang diperbahaskan oleh para ulama’ secara mendalam. Di Malaysia, ketaatan rakyat terhadap pemimpin diamalkan melalui kuatkuasa undang-undang. Ramai umat Islam yang tidak menyedari bahawa selain melaksanakan tanggungjawab me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Kadir, Azhariah
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5307/1/KETAATAN_RAKYAT_MALAYSIA_TERHADAP_KEPIMPINAN_NEGARA_DITINJAU_MENURUT_PERSPEKTIF_TEORI_ULU_AL%2DAMR_%2D_AZH~1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5307/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep ketaatan rakyat terhadap pemimpin merupakan suatu isu penting yang jarang diperbahaskan oleh para ulama’ secara mendalam. Di Malaysia, ketaatan rakyat terhadap pemimpin diamalkan melalui kuatkuasa undang-undang. Ramai umat Islam yang tidak menyedari bahawa selain melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mentaati pemimpin sebagai rakyat, mereka juga memiliki tanggungjawab mentaati agama sebagai seorang muslim. Lantaran itu, kajian ini berusaha menghuraikan konsep ketaatan rakyat terhadap pemimpin di Malaysia menurut perspektif Islam. Usaha ini adalah berteraskan kepada teori ulu al-amr yang terkandung di dalam ayat 59 surah al-Nisa’. Oleh itu, ia dilaksanakan dengan mentafsirkan ayat ini bersandarkan kepada petunjuk-petunjuk al-Quran dan al-hadith serta pandangan-pandangan ulama’. Untuk menjelaskan konsep ketaatan rakyat terhadap pemimpin di Malaysia menurut perspektif Islam, ciri-ciri negara Malaysia dihuraikan terlebih dahulu untuk melihat kedudukannya pada pandangan Islam. Ini melibatkan kajian dari sudut sejarah, kenegaraan, pemerintahan, perundangan, ekonomi, politik dan sosial. Kaedah-kaedah kajian induktif dan deduktif digunakan bagi menjawab persoalan mengenai konsep ketaatan rakyat Malaysia terhadap pemimpin di dalam beberapa aspek kehidupan. Kajian ini penting untuk menjelaskan konsep ketaatan yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia menurut Islam. Dari kajian ini, jelaslah bahawa Islam telah menggariskan kaedah-kaedah tersendiri di dalam urusan pemberian ketaatan terhadap pemimpin yang perlu diamalkan oleh setiap muslim sebagai suatu tanggungjawab terhadap agama. Menjadikan undangundang di Malaysia sebagai suatu bentuk konsep ketaatan rakyat terhadap pemimpin adalah tidak menepati kehendak syari’at. Lantaran itu, umat Islam perlu memahami dan mengamalkan konsep ketaatan sebenar yang dituntut oleh Islam kepada umatnya bagi menjamin kesejahteraan dan kecemerlangan ummah.