Isu-isu pemelukan Islam menurut undang-undang negara Brunei Darussalam / Muhammad Bahrin bin Haji Alias

Jumlah orang bukan Islam yang memeluk agama Islam di negara Brunei Darussalam semakin meningkat dari tahun ke tahun. Walau bagaimanapun disebabkan prasarana perundangan di negara ini masih belum benar-benar mampu untuk menguruskan hal-hal berkenaan pemelukan agama Islam, telah menyebabkan pelbagai m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Haji Alias, Muhammad Bahrin
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5291/1/DISERTASI_BERTAJUK%2D_ISU%2DISU_PEMELUKAN_ISLAM_MENURUT_UNDANG%2DU.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5291/2/ISU%2DISU_PEMELUKAN_ISLAM_MENURUT_UNDANG%2DUNDANG_NEGARA_BRUNEI_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5291/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jumlah orang bukan Islam yang memeluk agama Islam di negara Brunei Darussalam semakin meningkat dari tahun ke tahun. Walau bagaimanapun disebabkan prasarana perundangan di negara ini masih belum benar-benar mampu untuk menguruskan hal-hal berkenaan pemelukan agama Islam, telah menyebabkan pelbagai masalah dan konflik yang agak serius. Kelemahan dari aspek perundangan dikatakan telah menyebabkan pihak mahkamah, khususnya Mahkamah Syariah tidak dapat melaksanakan peranannya secara amat berkesan. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan sejauh mana undang-undang yang ada mampu menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan pemelukan agama Islam. Bagi memastikan tujuan ini dicapai, maka kajian telah menggunakan pendekatan kajian kepustakaan dan lapangan bagi memperolehi data-data yang berkaitan. Data-data yang telah diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan metode induktif, deduktif dan juga komparatif. Antara hasil kajian mendapati bahawa Mahkamah Syariah sebenarnya mempunyai kuasa yang eksklusif walaupun terhadap pihak-pihak bukan Islam selama mana subjek perundangan masih berada di bawah bidang kuasanya. Kajian ini juga mengukur sejauh mana Mahkamah Syariah mampu memanipulasi peluang-peluang yang ada dalam perundangan ketika membuat tafsiran undang-undang kerana didapati keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah bersifat tidak konsisten. Rumusan dan cadangan penyelesaian terutamanya dari aspek perundangan dipersembahkan dalam kajian ini setelah permasalahan-permasalahan berkaitan dibincangkan dengan terperinci.