Penggunaan methadone dalam rawatan penagihan dadah di Malaysia : kajian menurut perspektif Islam / Mimi Aineen binti Abu Mansor
Kajian ini berkisar tentang penggunaan methadone dalam rawatan penagihan dadah tegar di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menyingkap sejauh mana status methadone dari sudut perspektif Islam. Oleh yang demikian itu, pengkaji membuat pengecaman terhadap methadone, samada dari segi bahan atau zat, k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5281/1/1%2D_COVER_TAJUK_THESIS_1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5281/2/2%2D__ABSTRAK%26_PENGHARGAAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5281/3/3%2D_ISI_KANDUNGAN.DAFTAR_ISI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5281/4/4%2DBAB_1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5281/5/5%2DBAB__2.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5281/6/6%2D_BAB_3..pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5281/7/7%2D_BAB_4.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5281/8/8%2DBAB_5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5281/9/9%2DBIBLIOGRAFI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5281/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini berkisar tentang penggunaan methadone dalam rawatan penagihan dadah tegar di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menyingkap sejauh mana status methadone dari sudut perspektif Islam. Oleh yang demikian itu, pengkaji membuat pengecaman terhadap methadone, samada dari segi bahan atau zat, kesantindak dan fungsi serta peranannya melalui beberapa metode iaitu perpustakaan, wawancara dan observasi serta metode penganalisaan data subjek menerusi metode induktif, deduktif dan komparatif. Ternyata kesemua metode tersebut membawa pengkaji ke arah menentukan hasil penentuan methadone samada ia berada dalam kategori racun, dadah atau ubat. Dapatan kajian mendapati bahawa hukum asal methadone tidak harus penggunaannya. Ini adalah kerana menerusi metode perpustakaan dan wawancara bersama pakar mendapati bahawa kesantindak methadone adalah serupa dengan morfin. Walau bagaimanapun, ia akan bertukar menjadi harus pengambilannya jika ia digunakan sebagai ubat untuk rawatan dengan menggunapakai konsep al-darurah. Namun, ia akan bertukar kembali menjadi tidak harus jika penggunaannya berlaku penyelewengan atau tersasar samada di pihak pesakit atau pihak perawat. Oleh yang demikian itu, kajian mendapati bahawa keharusan penggunaan methadone adalah berdasarkan niat, tujuan dan cara penggunaannya yang tidak boleh lari daripada konsep dan kaedah-kaedah fekah terutamanya konsep al-darurah serta al-darurah tuqaddar biqadariha. |
---|