Kaedah pembahagian harta pusaka adat Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak ditinjau dari perspektif hukum Islam / Siarman Muhammad Idin

Disertasi ini bertajuk: “Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Adat Daerah Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak Ditinjau Dari Perspektif Hukum Islam.” Kajian ini adalah mengenai kaedah pembahagian harta pusaka adat yang diamalkan oleh masyarakat Islam di daerah Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak, Kabupaten Keri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Idin, Siarman Muhammad
Format: Thesis
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5278/1/FULL_ASSING_KAEDAH_PEMBAHAGIAN_HARTAPUSAKAADAT.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5278/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disertasi ini bertajuk: “Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Adat Daerah Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak Ditinjau Dari Perspektif Hukum Islam.” Kajian ini adalah mengenai kaedah pembahagian harta pusaka adat yang diamalkan oleh masyarakat Islam di daerah Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak, Kabupaten Kerinci, Propinsi Jambi di Indonesia. Ia menyentuh masalah yang berkaitan dengan harta pusaka adat, asal usul harta pusaka, proses pembahagian harta pusaka, halangan-halangan untuk mendapat harta pusaka, para ahli waris dan jenis-jenis harta pusaka. Persoalan tersebut dikaji untuk dibuat perbandingan dengan peruntukan hukum Syarak. Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan menerusi kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan dengan cara temubual dan pemerhatian, untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah pembahagian harta pusaka adat yang diamalkan oleh masyarakat Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak. Manakala analisis data dibuat menerusi kaedah kualitatif dan kaedah perbandingan dengan berpandukan kepada landasan teori dan objektif kajian yang ada. Hasil daripada kajian ini penulis dapati bahawa kaedah pembahagian harta pusaka adat yang diamalkan oleh masyarakat dalam wilayah hukum adat Tiga Luhah Tanah Sekudung Siulak Kabupaten Kerinci mengandungi unsur khurafat di samping bercanggah dengan hukum Syarak dan perlu segera diperbetulkan.