Penghayatan ibadah dalam kalangan pelajar Islam : kajian di beberapa buah sekolah menengah kebangsaan di Petaling Jaya, Selangor / Walijah bt Ahmad Jamburi

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perkara-perkara berikut, iaitu: (i) tahap penghayatan ibadah pelajar (ii) sejauhmana faktor diri, ibu bapa, guru Pendidikan Islam, program keagamaan di sekolah, persekitaran dan rakan mempengaruhi tahap penghayatan ibadah, (iii) adakah terdapat pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Jamburi, Walijah
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5265/7/HALAMAN_JUDUL_DISERTASI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/8/Kandungan_disertasi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/2/BAB_2.desertasi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/3/BAB_3.desertasi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/4/BAB_4.desertasi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/5/BAB_5.desertasi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/6/BIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/9/soal_selidik.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/10/SOALAN_WAWANCARA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perkara-perkara berikut, iaitu: (i) tahap penghayatan ibadah pelajar (ii) sejauhmana faktor diri, ibu bapa, guru Pendidikan Islam, program keagamaan di sekolah, persekitaran dan rakan mempengaruhi tahap penghayatan ibadah, (iii) adakah terdapat perbezaan tahap penghayatan ibadah antara jantina, pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, minat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan tahap sosio ekonomi, (iv) adakah terdapat hubungan antara penghayatan dalam ibadah dengan cara hidup seharian pelajar. Ibadah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah ibadah khusus yang wajib dan sunat iaitu solat (fardu dan sunat), puasa (wajib dan sunat), membaca al-Quran, zikir dan berdoa. Responden kajian seramai 450 orang pelajar Islam tingkatan empat dari sembilan buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terpilih di Petaling Jaya, Selangor. Responden terdiri daripada 230 orang pelajar lelaki dan 220 orang pelajar perempuan. Instumen utama kajian menggunakan borang kaji selidik di samping temubual dan pemerhatian. Secara keseluruhannya, kajian mendapati tahap penghayatan pelajar dalam ibadah sama ada yang wajib atau sunat masih belum memuaskan. Kajian mendapati ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat untuk mendorong pelajar menghayati ibadah. Kajian mendapati dalam perkara ibadah pelajar kurang dipengaruhi oleh rakan. Ini terbukti apabila faktor rakan memperolehi skor min yang paling rendah iaitu 2.53 berbanding lima faktor yang lain. Kajian juga mendapati tahap penghayatan dalam ibadah tidak dipengaruhi oleh perbezaan jantina, minat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan sosio ekonomi. Bagaimanapun kajian mendapati pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam mempengaruhi tahap penghayatan dalam ibadah, dimana pelajar yang baik pencapaiannya lebih komited melaksanakan tanggungjawab beribadah. Kajian mendapati penghayatan yang baik dalam ibadah dapat membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan pelajar. Oleh kerana ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat untuk mendorong anak-anak menghayati ibadah, maka seharusnya para ibu bapa dapat menjadi role model yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kelalaian dan kealpaan ibu bapa tentang tanggungjawab ini akan mengakibatkan anak-anak mengabaikan ibadah.