Perkembangan jiwa agama di kalangan anak-anak menurut Robert H. Thouless dalam karyanya Psychology of Religion : analisis dari perspektif psikospiritual Islam / Husni Za'im binti Abu Hasan
Perkembangan agama manusia bermula sejak sebelum dilahirkan dan berterusan sehingga ke lanjut usia. Pada saat manusia dilahirkan, manusia sudah pasti akan mengikuti agama kedua ibubapanya samada yang melahirkan itu beragama Islam, Yahudi, atau Nasrani. Setelah itu, apabila telah meningkat remaja, m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5252/2/Disertasi_Lengkap.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5252/1/butiran_diri.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5252/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan agama manusia bermula sejak sebelum dilahirkan dan berterusan sehingga ke lanjut usia. Pada saat manusia dilahirkan, manusia sudah pasti akan mengikuti agama kedua ibubapanya samada yang melahirkan itu beragama Islam,
Yahudi, atau Nasrani. Setelah itu, apabila telah meningkat remaja, manusia mula berfikir tentang cara untuk mengimplimentasi ajaran agama dalam kehidupan seharian sehinggalah ke usia dewasa. Ketika ini juga akan berlaku konflik dalam jiwa manusia akibat dari pengaruh persekitaran. Hal inilah yang dikatakan perkembangan
jiwa agama yang cuba digarap oleh penulis dengan memberi tumpuan kepada perkembangan jiwa agama melalui pendekatan psikospiritual Islam dan membuat perbandingan perkembangan jiwa agama menurut Barat melalui tokoh terawal yang
membicarakan tentang perkembangan jiwa agama iaitu Robert H. Thouless. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan yang menggunakan metode analisis data secara induktif, deduktif dan komparatif. Penulis menggunakan ketiga-tiga metode ini untuk mengemukakan setiap peringkat perkembangan jiwa agama menurut Barat dan Islam bermula dari sebelum kelahiran, peringkat kanak-kanak sehingga ke peringkat remaja. Hasil kajian mendapati pendidikan anak-anak menurut Barat dan Islam terkesan dari persekitaran mereka dan juga ajaran agama yang dipelajari dalam kehidupan. Namun, Islam menitikberatkan pendidikan anak-anak bermula dari
sebelum kelahiran yang mesti dilaksanakan oleh bakal kedua-dua ibubapa mereka.
Oleh itu, hasil kajian ini dapat merungkai kekeliruan dan memberi kefahaman yang jelas tentang pandangan Islam dan pandangan Barat terhadap perkembangan jiwa agama anak-anak. |
---|