Integriti menurut Hadith Nabi : kajian terhadap kefahaman kakitangan pentadbiran UiTM Shah Alam / Hanafi bin Hamdani

Kajian ini adalah analisis mengenai nilai teras integriti yang terdapat dalam hadith Nabi s.a.w. merujuk kepada al-Sahihayn iaitu hadith di dalam Sahih Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Kefahaman terhadap nilai teras yang menjadi dasar kepada integriti itu dibincangkan dalam bab satu disertasi ini. N...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamdani, Hanafi
Format: Thesis
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5217/6/muka_depan_(2013)_%2D_Copy.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5217/1/Abstrak.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5217/5/Isi_Kandungan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5217/3/Bab_Pendahuluan%2C_I%2C_II%2C_III.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5217/2/Bab_IV_%2C_V_Penutup_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5217/4/bibliografi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5217/7/SOAL_SELIDIK_TESIS_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5217/8/maklumat_diri.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5217/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah analisis mengenai nilai teras integriti yang terdapat dalam hadith Nabi s.a.w. merujuk kepada al-Sahihayn iaitu hadith di dalam Sahih Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Kefahaman terhadap nilai teras yang menjadi dasar kepada integriti itu dibincangkan dalam bab satu disertasi ini. Nilai amanah dijadikan sebagai nilai teras integriti berdasarkan sifatnya yang dominan dan merentasi nilai-nilai agama lain. Pemilihan nilai amanah ini bukan semata-mata berdasarkan sifatnya yang universal itu bahkan nilai kesucian “Qudusnya” itu digali dari matan hadith Nabi s.a.w. menambahkan lagi mutu integriti itu bukan setakat amalan duniawi sahaja bahkan berpanjangan hingga ke ukhrawi ini diterangkan di dalam bab dua. Seterusnya kajian ini mengupas kefahaman dan amalan kakitangan pentadbiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam terhadap integriti dan nilai amanah sebagai nilai teras integriti yang didasari oleh sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Kajian ini menggunakan metod analisis deskriptif untuk menghurai frekuensi dan kebolehpercayaan kajian (cronbachs alpha) terhadap item-item yang dikemukakan. Hasil kajian dalam bab empat menunjukkan bahawa tahap kefahaman kakitangan pentadbiran UiTM Shah Alam terhadap integriti adalah tinggi dan tahap memahami integriti yang dirujuk kepada pembentukan nilai amanah sebagai nilai teras berdasarkan Hadith Nabi juga adalah memuaskan. Kajian ini juga turut dapat membuktikan persetujuan responden terhadap amalan kerja berintegriti dianggap sebagai satu ibadah.