Pengajian Hadith di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling, Kuala Lumpur / Mohd Army bin Yusop

Pengajian hadith adalah satu pengajian yang telah lama wujud iaitu semenjak zaman Rasulullah (s.a.w) hingga masa kini tetapi dalam keadaan berlainan metode dan kurikulum yang mengikut perubahan masa ke masa dan berlainan tempat. Objektif utama disertasi ini adalah untuk mengkaji Pengajian Hadith di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusop, Mohd Army
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5195/2/KULIT_DEPAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5195/4/PENGHARGAAN_2011.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5195/1/ISI_KANDUNGAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5195/3/PENGAJIAN_HADITH__DI_MADRASAH_MIFTAHUL_ULUM_SRI_PETALING_KUALA_LUMPUR%2CDISERTASI_SARJANA_USULUDDIN_MOHD_ARMY_YUSOP_IGB030016.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5195/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajian hadith adalah satu pengajian yang telah lama wujud iaitu semenjak zaman Rasulullah (s.a.w) hingga masa kini tetapi dalam keadaan berlainan metode dan kurikulum yang mengikut perubahan masa ke masa dan berlainan tempat. Objektif utama disertasi ini adalah untuk mengkaji Pengajian Hadith di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur. Sehubungan itu, pengumpulan data mengenai persepsi pelajar dan guru tentang keberkesanan pengajian hadith yang diukur dari aspek tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu hadith dan pengajiannya, metodologi pengajian hadith, kurikulum dan sebagainya. Manakala instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang diedarkan kepada responden seramai 80 orang pelajar yang mewakili jumlah keseluruhan pelajar seramai 165 orang pelajar, dan kepada responden yang seramai 15 orang guru mewakili jumlah keseluruhan guru iaitu 21 orang. Bagi menentukan tahap persetujuan responden, skala rawak digunakan dan untuk menganalisis data-data dari perisian komputer, The Statistical Package For Social Science (SPSS) diaplikasikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu hadith dan pengajiannya adalah cemerlang dan amat membanggakan, begitu juga terhadap aspek-aspek lain adalah di tahap yang sangat tinggi dan memuaskan. Dengan itu, melalui kajian ini dapat dirumuskan bahawa pihak pentadbiran madrasah, guru-guru Pengajian Hadith dan kurikulumnya seharusnya memainkan peranan yang sangat penting dalam memantapkan persetujuan tersebut sehingga lebih berkesan agar mencapai matlamat yang amat bermakna.