Tahap kefahaman pelanggan Bank Muamalat Indonesia cawangan Banda Aceh terhadap akad mudharabah / Iskandar
Kefahaman dan pengetahuan pelanggan terhadap produk mudharabah dalam perbankan sangat diperlukan oleh semua pengguna. Hal ini sangat penting untuk meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap produk pada Bank Muamalat Indonesia. Tahap kefahaman terhadap akad mudharabah juga perlu diketahui, kerana akad...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5066/1/ISKANDAR_Pdf_2013.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5066/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kefahaman dan pengetahuan pelanggan terhadap produk mudharabah dalam perbankan sangat diperlukan oleh semua pengguna. Hal ini sangat penting untuk meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap produk pada Bank Muamalat Indonesia. Tahap kefahaman terhadap akad mudharabah juga perlu diketahui, kerana akad ini melibatkan dua pihak dalam sebuah perniagaan yang dapat menimbulkan risiko dalam menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Ketidakfahaman pelanggan terhadap sesebuah akad akan mendatangkan kemungkinan timbulnya perselisihan faham yang akan berpengaruh kepada perniagaan yang sedang atau akan
dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui profil pelanggan Bank Muamalat Indonesia cawangan Banda Aceh, membahas dan mengenal pasti tahap kefahaman pelanggan mengenai akad mudharabah, mengkaji dan menerangkan kaitan antara kefahaman dengan perselisihan, dan mengenal pasti cara penyelesaian yang perlu dilakukan sekiranya terjadi perselisihan faham di antara pelanggan dengan Bank Muamalat Indonesia cawangan Banda Aceh. Kajian ini merupakan kajian lapangan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dalam mendapatkan data. Hasil yang didapati akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Teknik pengumpulan
data dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik (questionnaire). Sampel kajian adalah pelanggan Bank Muamalat Indonesia cawangan Banda Aceh yang mempunyai produk dengan akad mudharabah. Pengambilan sampel pada kajian ini menggunakan teknik pensampelan kebarangkalian (Probability Sampling) dengan jenis pensampelan rawak mudah (Simple Random Sampling). Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis statistik deskriptif, dan analisis statistik inferensi. Kajian ini mendapati bahawa responden lebih ramai yang berlanggan produk simpanan Tabungan Muamalat iaitu sebanyak 79.4% peratus. 57% pelanggan Bank Muamalat Indonesia cawangan Banda Aceh telah faham mengenai akad mudharabah. Manakala kaitan tahap kefahaman akad mudharabah dengan kefahaman pelanggan terhadap perselisihan faham mendapati adanya hubungan positif kecil di antara kedua pemboleh ubah, dengan skor r=0.031 pada tahap kepercayaan 95%. Perselisihan yang terjadi di Bank Muamalat Indonesia cawangan Banda Aceh, kebanyakan berlaku pada produk pembiayaan. Perselisihan faham yang terjadi di antara
perbankan dengan pengguna akan diselesaikan dengan tiga cara, iaitu: dengan perdamaian (sulh), arbitrase, dan dengan peradilan/mahkamah. |
---|