Pengunderaitan dalam produk takaful keluarga: Kajian dari perspektif ekonomi Islam / Aisyah Mustafa
Dalam operasi insurans, pengunderaitan adalah proses yang amat penting bagi menentukan kadar bayaran premium yang bakal dikenakan kepada individu yang ingin diinsuranskan. Proses ini melibatkan penaksiran dan pemeriksaan terhadap individu bagi menetapkan kadar dan kelas risiko. Syarikat takaful m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5022/13/aisyah.m.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5022/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam operasi insurans, pengunderaitan adalah proses yang amat penting bagi
menentukan kadar bayaran premium yang bakal dikenakan kepada individu yang ingin
diinsuranskan. Proses ini melibatkan penaksiran dan pemeriksaan terhadap individu
bagi menetapkan kadar dan kelas risiko. Syarikat takaful mempunyai amalan yang sama
dengan syarikat insurans dalam proses pengunderaitan. Jika amalan pengunderaitan
yang diamalkan di syarikat takaful adalah sama seperti syarikat insurans, ini bermakna
segala isu yang dihadapi oleh syarikat insurans yang berkaitan dengan proses
pengunderaitan berkemungkinan juga berlaku dalam syarikat takaful. Dalam insurans,
isu pengunderaitan yang mengambil kira faktor jantina dan latarbelakang keluarga
dilihat sebagai tidak adil oleh sarjana insurans. Takaful juga mengguna pakai kaedah
pengunderaitan yang sama. Proses pengunderaitan yang rigid juga boleh menyekat
penyertaan orang ramai untuk menyertai takaful. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah
untuk mendapatkan pandangan syariah mengenai amalan pengunderaitan yang
dilakukan dalam industri takaful sama ada ia menepati syariah ataupun tidak. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian
lapangan dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian
melalui buku-buku, kertas kerja, dan jurnal. Manakala kajian lapangan dilakukan
dengan menggunakan metod temubual. Temubual ini dijalankan bersama pengunderait
di syarikat takaful terpilih dan beberapa orang penasihat syariah. Hasil kajian ini
mendapati bahawa proses pengunderaitan di syarikat takaful bertepatan dengan prinsip syariah. |
---|